Utusan Borneo (Sabah)

8,000 banjiri Padang Merdeka KK

Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang Dipertua Negeri penuh istiadat dan meriah

- Oleh ALFRED PETRUS & SADDAM EDRIS

SAMBUTAN Hari Jadi Rasmi Ke64 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diraikan penuh istiadat dan meriah.

Kira-kira 8,000 orang menghadiri perayaan berkenaan dengan membabitka­n sebanyak 85 kontinjen iaitu seramai 4,000 peserta yang menyertai istiadat perbarisan dan selebihnya adalah jemputan serta orang ramai.

Acara yang berlangsun­g seawal jam 6.30 pagi di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada Sabtu itu dimulakan dengan Istiadat Perbarisan oleh kontinjen yang menyertain­ya seperti sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan serta institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah.

Seterusnya, Juhar menerima Tabik Hormat Diraja dari Pasukan Kawalan Kehormat Utama disusuli dengan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan tembakan meriam 17 das.

Juhar kemudianny­a memeriksa perbarisan pasukan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Petugas 450 Major General Datuk Zulkapri Rahamat.

Selain itu, turut diadakan persembaha­n khas dari Lembaga Kebudayaan

Negeri Sabah (LKNS) dan koir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Turut hadir menyerikan lagi acara adalah isteri Juhar Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Sementara itu, sebanyak tujuh kategori perbarisan dipertandi­ngkan bersempena sambutan berkenaan antaranya kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi, Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi, kategori NGO, Persatuan dan Etnik, Swasta dan Komersial, IPT Awam dan Swasta, sekolah menengah serta sekolah rendah.

Johan Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi dimenangi oleh Jabatan Penguatkua­saan DBKK, naib johan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, manakala Jabatan Sukarelawa­n Malaysia hanya mengisi tempat ketiga.

Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi pula dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, tempat kedua Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah Sabah dan tempat ketiga disandang oleh Jabatan Ketua Menteri.

Seterusnya, Akademi Jahitan Kota Kinabalu dinobatkan sebagai johan mengalahka­n 11 kontinjen lain termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah yang masing- masing hanya mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan/Persatuan/Etnik.

Bagi Kategori Swasta atau Komersial pula dimenangi oleh Kumpulan Yayasan Sabah, manakala Lembaga Pembanguna­n Sumber Taman-Taman Sabah (TTS) dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd masing-masing dinobatkan sebagai tempat kedua dan ketiga.

Juara Kategori Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta pula diberikan kepada Komander Kasatria UiTM Sabah disusuli Petronas Briged dan Penyelamat Malaysia Kimanis Petroleum Training Centre di tempat kedua dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Kategori sekolah menengah pula, kejuaraan dirangkul oleh Kadet Remaja Sekolah SMK

Sri Nangka Tuaran mengalahka­n SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan SMK Taman Ria yang mana masing- masing hanya menduduki tempat kedua dan ketiga bagi pertanding­an berkenaan.

Akhir sekali iaitu kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh Pengakap Kanak- Kanak SK Sri Gaya, tempat kedua SK St Francis Convent dan tempat ketiga iaitu Pemimpin-Pemimpin Kecil SRK Sacred Heart.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah.

Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,300.00, Naib Johan RM1,100.00, manakala tempat ketiga menerima RM900.00 beserta piala dan sijil penyertaan bagi setiap kategori.

 ?? Jabatan Penerangan Gambar ?? JUHAR menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormat Utama sambil disaksikan oleh Musa dan Syed Abas (kiri). (Gambar atas) PERSEMBAHA­N dari artis-artis LKNS dan kumpulan Koir DBKK yang diketuai oleh Hezron Gulon.
(Gambar kiri) JUHAR...
Jabatan Penerangan Gambar JUHAR menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormat Utama sambil disaksikan oleh Musa dan Syed Abas (kiri). (Gambar atas) PERSEMBAHA­N dari artis-artis LKNS dan kumpulan Koir DBKK yang diketuai oleh Hezron Gulon. (Gambar kiri) JUHAR...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PEMENANG Kategori Sekolah Rendah Pasukan Pengakap Kanak-kanak SK Sri Gaya.
(Gambar kanan) PASUKAN Jabatan Kerja Raya Sabah merakamkan­gambarkena­nganselepa­smajlispen­yampaian hadiah.
(Gambar atas) PEMENANG Kategori Sekolah Rendah Pasukan Pengakap Kanak-kanak SK Sri Gaya. (Gambar kanan) PASUKAN Jabatan Kerja Raya Sabah merakamkan­gambarkena­nganselepa­smajlispen­yampaian hadiah.
 ??  ?? JUHAR (tengah) memeriksa perbarisan kontijen diiringi oleh Zulkapri (kanan).
JUHAR (tengah) memeriksa perbarisan kontijen diiringi oleh Zulkapri (kanan).
 ??  ?? WAKIL pasukan Kadet Remaja SMK Sri Nangka Tuaran.
WAKIL pasukan Kadet Remaja SMK Sri Nangka Tuaran.
 ??  ?? WAKIL pasukan Akademi Jahitan Kota Kinabalu.
WAKIL pasukan Akademi Jahitan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia