Utusan Borneo (Sabah)

Ag Sahri Tokoh Ma’al Hijrah 1439H, sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Membakut 2017

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Membakut 2017

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

MEMBAKUT: Mantan Timbalan Persuruhja­ya Polis Kontinjen Sabah Datuk Ag.Sahri Haji Mohd Nazir dianugerah­kan Tokoh Ma’al Hijrah 1439H sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut 2017.

Sementara dua pelajar Madrasah Darul Yatama Yacob Khan, Membakut yang kini melanjutka­n pelajaran di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling Kuala Lumpur iaitu Muhammad Nur Yaasir Belding dan Hassan Said menerima anugerah Tokoh Pembaca al-Quran 30 Juzuk.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut telah menyempurn­akan perasmian sambutan yang berlangsun­g di Masjid Jamek Kampung Brunei, pada Sabtu.

Arifin dalam ucapan perasmiann­ya meminta

PARA penceramah (dari kiri) Hj Rahim Hj Said (juruacara), Ustaz Shahir Ismail dan Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

para pendakwah yang ingin mengajar ataupun mengadakan ceramah di negeri ini agar mendapatka­n pentauliah­an melalui sistem e-Tauliah yang telah disediakan atas talian.

Katanya, ia bertujuan memudahkan mereka mendapatka­n tauliah dalam masa singkat berbanding kaedah lama yang memakan masa yang agak lama.

Namun, pihaknya akan turut menjalanka­n sesi temuduga bagi individu tertentu demi memastikan mereka benar-benar layak mendapat pentauliah­an untuk mengajar ataupun mengadakan ceramah.

“Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah, kita akan memberikan tauliah itu manakala bagi yang belum mendapat kelulusan semasa memohon atas talian, kita akan menjalanka­n sesi temuduga,” katanya.

Sementara itu, bagi mengimarah­kan lagi sambutan itu, beberapa acara keagamaan turut diadakan

memudahkan“Ia bertujuanm­ereka mendapatka­n tauliah dalam masa singkat berbanding kaedah lama yang memakan masa yang agak lama. ” DATUK ARIFIN ARIF

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri

antaranya ialah bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Muslim Adham, seorang guru Kelas Tarranum di daerah ini di samping persembaha­n marahaban oleh kumpulan dari Kg. Brunei, Membakut.

Turut diadakan ialah rakaman ceramah Maal Hijrah untuk siaran radio RTM Sabah dan Sabah Fm di mana dua orang panel penceramah khas dijemput iaitu Ustaz Malai Ali Malai Ahmad,seorangPen­ceramah Bebas dan Ustaz Shahir Ismail, iaitu Pensyarah

Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Membakut Hj Sanuddin Hj Ismail, Ketua Daerah Hj. Muadi Saman, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Membakut Pg. Hamzah Pg. Ag Simpul, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Kimanis Ag. Jaafar Ahmad, penduduk Kg. Brunei dan kampung berhampira­n, para pemimpin setempat, pengerusi JKKK, ketuaketua kampung dan para imam.

 ??  ?? (Gambar atas) PERSEMBAHA­N marhaban oleh kumpulan dari Kg. Brunei, Membakut. (Gambar kiri) ARIFIN menyampaik­an anugerah Tokoh Pembaca al-Quran 30 Juzuk kepada Muhammad Nur Yaasir.
(Gambar atas) PERSEMBAHA­N marhaban oleh kumpulan dari Kg. Brunei, Membakut. (Gambar kiri) ARIFIN menyampaik­an anugerah Tokoh Pembaca al-Quran 30 Juzuk kepada Muhammad Nur Yaasir.
 ??  ?? HJ SALLEH Hj Sulaiman mewakili Datuk Ag Sahri Hj Ag Nazir ketika menerima Tokoh Ma’al Hijrah disampaika­n oleh Arifin.
HJ SALLEH Hj Sulaiman mewakili Datuk Ag Sahri Hj Ag Nazir ketika menerima Tokoh Ma’al Hijrah disampaika­n oleh Arifin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Jamek Kg. Brunei.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Jamek Kg. Brunei.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur dan penerima anugerah bergambar kenangan bersama Arifin.
JAWATANKUA­SA penganjur dan penerima anugerah bergambar kenangan bersama Arifin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia