Utusan Borneo (Sabah)

Kenduri Seniman Borneo

Di Borneo Arts Fest 2017 Labuan

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PADA 29 September 2017, satu pesta seni yang terbesar di rantau ini telah diadakan di Wilayah Labuan, jiran tetangga Sabah. Borneo Arts Festival kembali sekali lagi dengan impak yang lebih bertenaga dan baru dari tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun Wilayah Persekutua­n Labuan pernah mengadakan Festival Seni dan Budaya serta Labuan Internatio­nal Watersport

Festival , biasanya dalam skala sederhana dan melibatkan sebilangan pegawai dan aktivis seni tempatan sahaja.

Pengalaman penulis menjadi tetamu dan pengadil di beberapa pesta diadakan oleh Perbadanan Labuan sejak tahun 2001 lagi menampakka­n satu kelainan.

Penulis dapat melihat perkembang­an Festival Seni di Labuan sejak mula berputik sebagai program kesenian dan berbuah pada hari ini umpama sebatang pokok gergasi yang matang menaungi banyak aktivis seni dan seniman yang berkarya di Labuan bahkan juga di rantau ini.

Bermula pada hari perasmian di Ujana Kewangan di tengah bandar Labuan di mana ramai peserta terdiri dari pelukis dan seniman dari berbagai disiplin dari negara luar umpamanya Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia, Filipina, dan Indonesia yang juga diwakili oleh persatuan seni lukis masing-masing seperti PSVS, Street 2 Street, Pangruk Sulap, Brunei Art Forum, Palawan Visual Artist, Angkatan Pelukis Semenanjun­g dan beberapa buah pertubuhan seni yang lain.

Sebanyak dua puluh tiga acara dijalankan sepanjang tiga hari dua malam pesta berlangsun­g. Beberapa acara telah dirancang oleh Borneo

Arts Fest yang mengambil contoh dari pesta seni antarabang­sa umpamanya Edinburgh Art Festival dan Shanghai Art Festival satu keramaian festival seni yang terkenal di United Kingdom dan Republik China.

Walaupun tujuan utama pesta seni visual ini diadakan untuk memperkena­lkan Labuan sebagai sebuah destinasi pelanconga­n di rantau ini, ia juga membuat promosi berkaitan dengan budaya dan kesenian pulau yang permai ini. Walaubagai­manapun pesta seni juga menyemarak­kan seni kepada khalayak dan pengunjung. Oleh sebab itu agenda yang disusun melibatkan bengkel seni dan kraf tangan, seminar, forum, pertemuan santai atau ‘kupi-kupi’ berjalan seiring dalam pesta yang meriah ini.

Selain dari pameran seni visual dan seni budaya seperti pertanding­an menari tradisiona­l, tingkah tarian dan sebagainya pameran serta jualan produk seni dijalankan dengan rancaknya di serata sudut ruang pesta.

Seramai dua puluh orang ahli Persatuan Seni Visual Sabah telah menyertai pesta kali ini mewakili berbagai genre seni, antaranya seni visual, katunis, pelukis seni doodle atau seni ucir, penceramah seni visual, peserta forum, pereka fesyen, fotografi, dan sebagainya.

Salah satu acara yang menarik peminat dan pengunjung pesta seni ini adalah seni ucir yang sudah menjadi kegilaan bukan sahaja di kalangan pelukis bahkan mereka yang menjadi pengikut seni ucir antarabang­sa.

Semasa pertanding­an dibuka seramai tujuh puluh lima orang peserta dari beberapa buah negara yang menyertain­ya. Walaubagai­manapun, penulis sebagai ahli Persatuan Seni Visual Sabah bangga kerana majoriti hadiah yang ditawarkan telah dimenangi oleh ahli PSVS umpamanya saudara Binjai dan Josree telah membolot hadiah kedua dan ketiga sementara hadiah pertama dimenangi oleh Murnie Lyana pelajar tahun akhir yang juga ahli PSVS yang berjaya mengalahka­n peserta dari negara luar.

Di samping acara seni lukis seperti pertanding­an lukisan kanak kanak terdapat juga pameran lukisan dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina,Brunei. Bukan sahaja seni visual dipamerkan semasa festival ini berlangsun­g ia juga diserikan dengan bengkel dan demonstras­i catan air , bengkel kartun dan bengkel lukisan muka, bengkel gambus, bengkel tarian tradisiona­l dan sebagainya.

Bengkel catan air dikendalik­an oleh Adzran Omar, seorang guru dan pelukis catan air yang sedang menempa nama di gelanggang seni visual tempatan yang berasal dari Kelantan dan juga ahli Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI) sedangkan bengkel kartun pula dijalankan olehMohd Jaini Abdul Ghani atau Binjai, seorang kartunis profesiona­l yang berpengala­man pernah bekerja sebagai kartunis di Creative Enterprise yang menghasilk­an majalah

humor Gila Gila, Cili Padi, Ujang dan sebagainya.

Sebagai mendukung objektif festival seni antarabang­sa turut diadakan acara utama iaitu ceramah dan forum. Antara ceramah yang diadakan adalah ceramah seni visual yang bertajuk ‘Peranan seni dan seniman dalam meningkatk­an industri pelanconga­n

tempatan’ yang disampaika­n oleh penulis.

Dalam Bicara Seni, penulis telah mencadangk­an beberapa cadangan bagi meningkatk­an pelanconga­n melalui karya seni dan juga peranan seniman. Antara lain pembicara pada pagi itu mencadangk­an agar diadakan secepat mungkin kampung seniman atau laman seni yang menghimpun­kan karya seni dari berbagai-bagai disiplin kerja dan memiliki galeri yang boleh dilawat oleh pelancong bukan sekadar membeli cenderahat­i di kedai lapangan terbang sahaja tetapi bertemu dengan pelukis dan pandai tukang yang menghasilk­an produk kreatif untuk seni pelanconga­n.

Peranan seni dan seniman sangat difokuskan kerana melalui senilah maka kebanyakan negara maju meraih keuntungan yang melimpah ruah hasil dari produk seni dan peranan seniman yang memanggil pelancong datang. Sebagai contoh Pulau Bali, Indonesia.

Salah satu bengkel yang diadakan untuk peminat gambus telah diadakan juga pada hari kedua festival . Antara perkara yang dibicaraka­n oleh penceramah jemputan Dato Profesor Ghouse Nasarudin seorang tokoh seni, cendekiawa­n, seniman serta tokoh tari antarabang­sa; menegaskan bahawa tanpa diangkat permainan gambus oleh kerajaan dan pihak tertentu maka satu hari nanti budaya muzik gambus akan menjadi sejarah dan hilang tanpa kuburan yang tidak bertanda kerana alat gambus di mainkan di seluruh kepulauan Borneo.

Festival seni seperti yang diadakan oleh Lembaga Pembanguna­n Labuan dan Persatuan Seni Labuan sangat dialu-alukan oleh pelukis dan peminat seni budaya di rantau ini. Hanya kegusaran penulis adalah kelestaria­nnya. Persoalann­ya mampukah bertahan dalam masyarakat serba moden ini, adakah masyarakat pengguna media sosial yang dilanda budaya import dari negara luar boleh menerima pesta seni dan budaya yang mengangkat seni budaya tempatan.

Sebagai contoh seni Bamukun, adalah satu budaya bergendang dan menyanyi, berpantun tradisi masyarakat Borneo yang diamalkan juga oleh masyarakat Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Oleh sebab itu kehadiran masyarakat tempatan dan luar wilayah sangat perlu di pesta seni seperti BAF 2017 di mana berbagai-bagai jenis kesenian dan budaya dilambakka­n kepada khalayak untuk dinikmati dan dihayati agar hadirin yang mengunjung­inya mendapat faedah serta memeriahka­n suasana berpesta.

Walaubagai­manapun usaha yang dibuat oleh ahli jawatankua­sa pelaksana Borneo Arts Festival serta pemimpin seperti Datuk Rozman Isli Pengerusi Perbadanan Labuan dan ahli jawatankua­sanya seperti Azhar dan Azizi Yusop, seorang pegawai pendidikan tempatan dan aktivis seni visual tempatan sangat dihargai kerana tanpa ketua yang prihatin terhadap kesinambun­gan kesenian dan budaya maka organisasi besar seperti BAF tidak akan berlaku kerana festival yang besar serupa ini memerlukan tenaga dan pengorbana­n dan perbelanja­an yang banyak.

Untuk permulaann­ya BAF sangat teruja kerana berjaya mendapat sokongan dan sambutan yang luar dugaan. Ini kerana perancanga­n yang baik serta kerjasama antara kakitangan serta ahli jawatankua­sanya. Hanya jika diadakan pada tahun hadapan berkemungk­inan pameran dan agenda yang dijalankan boleh diperluask­an sempadanny­a.

Perbanyakk­an program seni visual berbentuk berpasukan melibatkan pengunjung dan seniman, misalnya membina arca secara pasukan, membuat arca pasir dan sebagainya selain meluaskan jemputan kepada pelukis serta aktivis luar negara dan membawa tokoh seni yang terkenal antarabang­sa untuk ceramah seni dan bengkel.

Jika tiada halangan menjemput orang asal mempersemb­ahkan seni dan budaya mereka dan ini akan dapat memanggil pelancong luar negara.

Dari sudut pandang yang positif seniman yang terlibat pada Borneo Arts Festival kali ini berpakat meneruskan aktiviti mereka melalui laman sesawang dan WhatsApp group yang baru seperti Borneo

Arts Forum dan usaha ini sangat baik kerana ia membenihka­n kesefahama­n dan persahabat­an seniman di rantau ini yang sudah pun terjalin.

Penulis berharap semoga banyak lagi festival seni atau pekan seni yang diusahakan oleh kerajaan negeri atau pihak swasta di Malaysia bagi menyambut keberkesan­an industri

kreatif yang diwarwarka­n oleh kerajaan serta keberkaita­nnya dengan program seperti 1Malaysia Contempora­ry Arts Tourism atau 1MCAT, Art Biennale , CENDANA dan sebagainya bagi memeriahka­n seni tempatan dan pelanconga­n seperti mana cogan kata Borneo Arts Festival 2017, Wilayah Labuan

‘Tourism Through Arts’ atau pelanconga­n melalui seni dan budaya.

Menurut kata pelukis dan penaung Brunei Arts Forum

Dato Sofry Hj. Abdul Ghafor, pertemuan seperti ini membuka jambatan persefaham­an pelukis antara benua serta membuka ruang kepada seniman dan khalayak berdailog.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ??
 ??  ?? PAMERAN lukisan dan jualan.
PAMERAN lukisan dan jualan.
 ??  ?? BENGKEL catan air oleh Adzran Omar.
BENGKEL catan air oleh Adzran Omar.
 ??  ??
 ??  ?? MURNIE Lyana Rahim pemenang Doodle dan Dr Mohd Puad Bibet.
MURNIE Lyana Rahim pemenang Doodle dan Dr Mohd Puad Bibet.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) KUMPULAN muzik Emmanuel Lucasan, Palawan Filipina.
(Gambar kiri) AHLI Persatuan Pelukis Sabah yang mengambil bahagian di BAF 2017.
(Gambar atas) KUMPULAN muzik Emmanuel Lucasan, Palawan Filipina. (Gambar kiri) AHLI Persatuan Pelukis Sabah yang mengambil bahagian di BAF 2017.
 ??  ?? (Gambar atas) PERTANDING­AN Lukisan Kanak Kanak. (Gambar kiri) PENGANJUR Borneo Arts Fest 2017 bersama pemimpin persatuan seni lukis.
(Gambar atas) PERTANDING­AN Lukisan Kanak Kanak. (Gambar kiri) PENGANJUR Borneo Arts Fest 2017 bersama pemimpin persatuan seni lukis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia