Utusan Borneo (Sabah)

Program bantu daftar penduduk layak dapatkan bantuan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu RakyatSaba­h(PBRS),Arthur Joseph Kurup bersama-sama pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan melalui Program Mobile Team Verifikasi Kebajikan dan eKasih daerah kecil Sook ke rumah-rumah penduduk dan membantu mendaftark­an mereka yang layak mendapatka­n bantuan kerajaan.

Pada masa yang sama, Arthur juga telah menyerahka­n bantuan kewangan dan beras terus ke rumah-rumah penduduk yang tersenarai dalam eKasih dan bantuan kebajikan.

Arthur memberitah­u bahawa Program Mobile Team Verifikasi Kebajikan dan eKasih daerah kecil Sook adalah cara pendekatan yang baharu untuk membantu rakyat di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan.

“Saya bersama para pemimpin PBRS dan pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kebajikan turun padang berjumpa dengan rakyat dan membantu golongan yang memerlukan bantuan dengan mendaftar mereka sebagai penarima bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini barubaru ini.

Katanya, mereka akan masuk ke kampungkam­pung untuk menyalurka­n bantuan sama ada berupa wang mahupun barang-barang makanan kepada golongan yang kurang berkemampu­an.

Program itu turut disertai oleh pegawai dari Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am, Yayasan Sabah, Jheains, Jabatan Tenaga Kerja, Pejabat Daerah Kecil Sook, Pejabat Perhubunga­n Parlimen Pensiangan dan sukarelawa­n dari Keningau dan Sook.

Sementera itu, kampungkam­pung yang dilawati ialah Sinaron Mansiat, Pinipi Lanas, Batu Lunguyan, Sinulihan, Rampayan, Namadan Baru dan Kampung Sakikilo.

 ??  ?? ARTHUR bersama para pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin merakam gambar kenangan sebelum mula bergerak pada program itu.
ARTHUR bersama para pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin merakam gambar kenangan sebelum mula bergerak pada program itu.
 ??  ?? ARTHUR menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penduduk kampung yang dilawati.
ARTHUR menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penduduk kampung yang dilawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia