Utusan Borneo (Sabah)

Tanam semangat silaturahi­m dalam kalangan masyarakat

-

MATUNGGONG: Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @ Mohd. Fikri Bahanda menasihatk­an masyarakat Islam di daerah ini khasnya agar sentiasa menanam semangat silaturahi­m dan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk keseluruha­nnya.

Katanya, di daerah ini umat Islam merupakan golongan minoroti namun kita bangga keranaseti­apadanyasa­mbutan perayaan keagamaan kita mampu bersatu, bersepakat menjayakan­bersamapro­gram tersebut.

Menurutnya, Ma’al Hijrah sebagai garis panduan kepada umat manusia khasnya umat Islam merubah diri mereka dan tidak ada umat manusia yang memeluk agama Islam menjadi papa kedana atau miskin merempat kerana matlamatny­a sama sahaja yang beragama Islam atau sebaliknya mestilah rajin berusaha dan bekerja untuk meneruskan kehidupan harian.

“Saya sebagai contoh masyarakat Islam di daerah ini yang sebelum ini saya beragama lain namun, setelah memeluk agama Islam banyak perubahan yang saya perolehi meskipun pada mulanya terpaksa menerima hakikat bilamana dibenci oleh masyarakat sekeliling.

“Setelah berkeadaan sekarang, syukur alhmadulil­lah penerimaan masyarakat sangat baik kerana ada yang sudah mengikut jejak saya bersama yang lain dalam Islam, ini bermakna penghijraa­n tersebut berjaya setelah berlakunya pengorbana­n yang amat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Kecil Matunggong di Dewan Terbuka Masjid daerah, dekat sini baru-baru ini.

Terdahulu, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Matunggong yang juga Pengerusi Induk sambutan Ma’al Hijrah 1439/2017 Joumat Haji Binsin berkata, setiap tahun kita menyambut Ma’al Hijrah dan Matunggong tidak ketinggala­n menganjurk­an program ini walaupun dalam keadaan sederhana.

Katanya, Maal Hijrah di zaman Rasulullah SAW agak berlainan berbanding masa kini, kalau di zaman Rasulullah SAW, Nabi kita berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah menyebarka­n syiar Islam sehingga membina empayar atau kerajaan Islam tetapi di zaman ini hijrahnya memang berbeza namun mempunyai tujuan yang sama.

Katanya, Rasulullah SAW mengajar kita melalui Hijrah berpindah dari hidup susah kepada penghidupa­n baru yang lebih baik dari sebelumnya dan membimbing saudara mara kita bersama menikmati hidup yang harmoni dan sejahtera.

Katanya, bersempena sambutan Maal Hijrah tahun ini kita telah menerima dua saudara baharu yang asalnya beragama Kristian kini mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan inilah salah satu contoh hijrah dan satu pengorbana­n yang amat besar bagi mereka menempuhi segalanya.

Tambahnya, jawatankua­sa sambutan Maal Hijrah tahun ini telah sepakat memberi penganuger­ahan kepada tiga kategori sahaja iaitu anugerah Tokoh Maal Hijrah, anugerah Tokoh Saudara Kita dan anugerah Masjid dan Surau Cemerlang.

Pegawai Tadbir Agama Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Daerah Kecil Matunggong Ustaz Samsuddin Abdullah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah daerah ini bagi tahun 1439 Hijrah bersamaan 2017 Masihi.

Bagi penerima anugerah tokoh Saudara Kita ialah Mohd. Irwanshah Abdullah manakala anugerah Masjid dan Surau diberikan kepada Surau Nurjannah Kampung Radu Matunggong.

Perisian program ceramah agama oleh penceramah bebas Ustaz Hamizan dan persembaha­n nasyid oleh kumpulan nasyid Belia Daerah Kecil Matunggong.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Daerah Mohd. Azmi Abdullah, Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Kecil Matunggong Payan Haji Diman, ASP. Juriaman Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n (Matunggong).

 ??  ?? WETROM (tengah) menyampaik­an anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Ustaz Samsuddin Abdullah.
WETROM (tengah) menyampaik­an anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Ustaz Samsuddin Abdullah.
 ??  ?? WETROM mengabadik­an gambar kenangan bersama penerima anugerah tokoh, dan jawatankua­sa penganjur serta tetamu.
WETROM mengabadik­an gambar kenangan bersama penerima anugerah tokoh, dan jawatankua­sa penganjur serta tetamu.
 ??  ?? JOUMAT (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Wetrom.
JOUMAT (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Wetrom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia