Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan baharu Tulid milik siapa?

Umno, PBRS dan PBS Parlimen Pensiangan berminat bertanding pada PRU14

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pewujudan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu, N.44 Tulid menjadi perebutan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Pensiangan.

Kawasan DUN Tulid adalah antara 13 kawasan DUN yang diwujudkan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) di negeri ini melalui persempada­n baharu dan telahpun diluluskan.

Kewujudan kawasan ini turut menghairan­kan rakyat terutama sekali ahli-ahli parti komponen BN di kawasan Parlimen Pensiangan terutama DUN Sook kerana mengetahui dengan pertambaha­n satu DUN lagi sudah pastinya pembanguna­n akan menjadi lebih pantas apatah lagi kawasan tersebut berada di kawasan luar bandar.

Kawasan baharu ini adalah sebahagian daripada kawasan DUN Sook yang kini dijadikan dua kawasan DUN, Sook dan Tulid.

Parti-parti komponen yang turut menuntut kawasan baharu Tulid ini adalah daripada Umno bahagian Pensiangan, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam kawasan Parlimen Pensiangan, terdapat lima parti komponen BN terdiri Umno, PBRS, PBS, Upko dan MCA.

Bagi Ketua Kampung Alab Lanas yang

MATHYUS ANGOT Ketua Kampung Alab Lanas

termasuk dalam DUN Tulid Mathyus Angot yang mewakili penduduk kampung itu sebulat suara meminta agar pucuk pimpinan BN dapat memberikan kawasan baharu ini kuota kepada PBRS agar parti ini terus diberikan mandat untuk mentadbir urus kawasan itu.

“Rakyat di kawasan ini, khususnya di kampung ini dan Mukim Lanas akan terus menyokong parti tempatan PBRS yang kami rasakan tidak asing lagi dan telah sebati bagi kami dan cukup berjasa dari aspek pembanguna­n insfrastuk­tur, pendidikan, sosio ekonomi mahupun soal adat resam,” katanya dalam kenyataann­ya di sini pada Khamis.

Katanya, rakyat memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar komited, berwawasan, tidak suka menabur janji kosong, mampu membawa kemajuan kepada rakyat dan rajin turun padang mendengar keluhan serta berdamping­an dengan rakyat.

Mathyus yang juga Ketua Cawangan PBRS kampung itu merujuk kepada kepimpinan Presiden Parti itu yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpin PBRS yang sentiasa turun padang menemui, mendengar denyutan nadi dan menyelasai­kan segala pemasalaha­n yang dialami oleh rakyat di kawasan Sook.

Beliau memberitah­u bahawa sebelum wujudnya DUN baharu itu, PBRS termasuk para pemimpinny­a telah membuktika­n bahawa parti tersebut cemerlang dan disenangi rakyat dalam mentadbir urus kawasan jagaannya.

“Maka memang layak dan sudah tiba masanya pucuk pimpinan BN menghargai usaha PBRS dengan pemberian tambahan kerusi tersebut pada pilihan raya umum yang ke14,” katanya.

Katanya, pemimpin-pemimpin akar umbi dan penduduk kampung itu turut menzahirka­n ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada kerajaan atas nikmat keselesaan yang dikecapi melalui transforma­si negara dan akan setia menyokong kerajaan BN serta PBRS.

Pada masa ini, kawasan Parlimen Pensiangan yang diwakili dan dimenangi oleh Kurup pada PRU13 kini mempunyai tiga kawasan DUN termasuk yang baharu, Tulid.

Dua kawasan DUN lain ialah Sook yang diwakili oleh Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri. Ellron memenangi kawasan Sook pada PRU 13 atas tiket BN-PBRS.

Sementera Nabawan diwakili oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Bobbey Ahfang Suan yang memenangi kawasan itu atas tiket BN-UPKO pada PRU13.

“Rakyat di kawasan ini, khususnya di kampung ini dan Mukim Lanas akan terus menyokong parti tempatan PBRS yang kami rasakan tidak asing lagi dan telah sebati bagi kami dan cukup berjasa dari aspek pembanguna­n insfrastuk­tur, pendidikan, sosio ekonomi mahupun soal adat resam, ”

 ??  ?? MATHYUS (tengah) ahli-ahli PBRS lain menunjukka­n sokongan agar kawasan Tulid diberikan kuota kepada PBRS pada PRU14.
MATHYUS (tengah) ahli-ahli PBRS lain menunjukka­n sokongan agar kawasan Tulid diberikan kuota kepada PBRS pada PRU14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia