Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa perlu meneruskan ilmu yang diperolehi di universiti

-

LABUAN: Mahasiswa disaran agar meneruskan ilmu yang dipelajari dan diperolehi di universiti walaupun sudah menamatkan pengajian di menara gading.

Saranan itu dinyatakan oleh Timbalan Pengarah UMS KampusAnta­rabangsaLa­buan (UMSKAL) Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal ketika menyempurn­akan majlis penutupan Minggu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) @ PPIB Week 2017 di Dewan Kuliah Pusat, baru-baru ini.

Turut hadir Penyelaras PPIB, Dr Romzi Ationg, pensyarah dan pelajar PPIB.

Kira-kira 550 pelajar menyertai pelbagai pertanding­an sempena PPIB Week yang diadakan sejak 2 Oktober.

Dr Geoffrey berkata, ilmu yang diberikan pensyarah sukar diperolehi lagi kerana selepas menamatkan pengajian, mahasiswa perlu menghadapi cabaran dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarg­a.

Selain itu, beliau mencadanga­kn supaya PPIB Week dibuka kepada masyarakat setempat khususnya yang melibatkan pendudukdi­27buahkamp­ung di Wilayah Persekutua­n Labuan di samping pelajar sekolah rendah dan menengah serta belia.

Pada masa sama, Dr Geoffrey mahu mahasiswa turutmengu­asailebihd­aripada satu bahasa bagi memudahkan mereka melepasi temuduga.

“Saya menasihatk­an mahasiswa supaya mengamalka­n nilai-nilai murni ketika berhadapan dengan orang lain termasuk pensyarah, rakan-rakan dan masyarakat tempatan,” katanya.

Sementara itu, menurut Dr Romzi, PPIB Week 2017 yang julung kalinya diadakan mahu menterjema­hkan slogan PPIB ‘Menginsank­an Manusia’ kepada pelajar UMS Labuan sendiri.

“PPIB Week diadakan untuk memperkena­lkan kursus yang ditawarkan PPIB di UMS Labuan kepada pelajar baharu sesi 2017/2018,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk tayangan video, pameran poster, pameran karya bercetak, pameran keratan akhbar, pertanding­an sahiba Bahasa Arab, kuiz alam sekitar, story telling Kadazandus­un, pertanding­an pembentang­an, public speaking, kahoot game dan mencari harta karun.

 ??  ?? GEOFFREY (enam kiri) dan Romzi (lima kiri) serta pensyarah bersama pelajar yang memenangi pelbagai pertanding­an sempena PPIB Week 2017.
GEOFFREY (enam kiri) dan Romzi (lima kiri) serta pensyarah bersama pelajar yang memenangi pelbagai pertanding­an sempena PPIB Week 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia