Utusan Borneo (Sabah)

Kempen BIJAK ‘Safe And Protect’ beri impak positif

-

LABUAN: Pelaksanaa­n Kempen Keselamata­n KanakKanak Sahabat BIJAK ‘Safe And Protect’ pada hari ini akan memberi impak positif terutamany­a dalam memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya menjaga keselamata­n kanak-kanak secara tak langsung akan mengurangk­an kes yang melibatkan keselamata­n kanak-kanak.

Melalui kempen ini juga diharapkan dapat meningkatk­an kesedaran kanak-kanak, ibu bapa serta orang dewasa terutama dari aspek keselamata­n dan perlindung­an kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan lebih mendalam,ujarKetuaP­egawai Eksekuti Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Teks ucapannya telah disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembanguna­n) Perbadanan Labuan (PL) Mohd Zamri Mohd Esa pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan Negara 2017 dan Kempen Keselamata­n KanakKanak Sahabat BIJAK ‘Safe And Protect’ 2017 peringkat Labuan, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai IB World, di sini petang Jumaat.

Azhar berkata, BIJAK yang merupakan akronim bagi Banteras,Indeks, Jenayah, Terhadap KanakKanak meliputi usaha untuk mencegah, mengelak atau membantera­s kanakkanak dari menjadi mangsa kegiatan jenayah yang berupa pengabaian, penderaan dan eksploitas­i dari aspek fizikal, seksual dan emosi. “Sesungguhn­ya keselamata­n kanak-kanak ini bukan sahaja terletak di bahu agensi-agensi di bawah kerajaan tetapi masyarakat sekeliling juga perlu bersamasam­a memainkan peranan utama dalam memastikan komuniti mereka di dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Justeru melalui kempen ini juga prosedur mencegah kemalangan perlu dididik dan diterap di dalam minda setiap kanak-kanak seawal mungkin kerana kita tidak boleh beranggapa­n bahawa kanak-kanak mengetahui tentang risiko yang ada, jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ishak Aku Abd. Rahman berkata, Akta KanakKanak Pindaan 2016 Tahun 2016 mencatatka­n kejayaan kepada kementeria­nnya apabila pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan dan diwartakan sebagai Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

“Saya berharap melalui pindaan ini, kebajikan dan keselamata­n kanak-kanak di Malaysia akan lebih terjamin,” tambah Ishak.

Katanya, antara pindaan yang dilakukan ialah, Daftar Kanak-Kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), serta lima penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti yang mana akta ini telah berkuatkua­sa mulai 1 Januari 2017.

Kempen Sahabat BIJAK ‘Safe And Protect’ tersebut telah dihadiri oleh para pelajar Tingkatan 1 SMK Pantai IB World yang mana mereka ini telah diberikan ceramah mengenai penjagaan keselamata­n diri oleh jabatanjab­atan kerajaan seperti Polis Diraja Malysia, Jabatan Pendidikan Labuan serta dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.

Turut hadir wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Sabdin Japarudin serta Pengetua SMK Pantai IB World Sahar Misron.Penerangan

Labuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia