Utusan Borneo (Sabah)

Dedah ilmu Kesusaster­aan Melayu

SK Ulu Kukut anjur Bengkel Penulisan Kreatif

-

BENGKEL Penulisan Kreatif (cerpen dan puisi) telah menjadi titik sejarah baru kepada murid-murid Tahun Enam SK Ulu Kukut.

Bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu pada 26 dan 27 September lalu dibimbing oleh Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (Sastera) Ramli Jusoh.

Penolong Kanan Pentadbira­n dan Kurikulum SK Ulu Kukut Haryana Mustapha, berkata bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan ilmu Kesusaster­aan Melayu kepada murid-murid di samping menyediaka­n penulis pelapis remaja akan datang.

“Bila murid-murid ini melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan, mereka tidak terkialkia­l lagi kerana mereka telah mendapat pendedahan awal,” katanya.

Selain itu, menurut Haryana hasil karya murid-murid terlibat akan diterbitka­n (dibukukan) dan dilancarka­n pada hujung tahun ini.

Beliau yakin jika dibukukan hasil karya yang dibengkelk­an ini, ianya akan menjadi suntikan semangat bukan sahaja kepada peserta

bengkel malahan muridmurid lain di sekolah ini termasuk ibu bapa mereka.

Bagi Cikgu Ramli pula, beliau rasa berpuas hati kerana para peserta telah menunjukka­n komitmen yang tinggi untuk menghasilk­an karya.

“Ramai murid berbakat untuk menulis cerpen dan puisi, namun mereka perlu gigih membaca dan mengasah bakat,” katanya yang juga seorang penulis, aktivis teater dan pesara guru sastera.

Menurut beliau ada di kalangan peserta yang menghasilk­an cerpen di luar dugaan umpamanya berkaitan cita-cita ingin menjadi saintis dan juga cenderung ke arah pelanconga­n selain perpaduan dan kasih sayang terhadap keluarga dan haiwan.

Hadir sama semasa program penutupan itu ialah Guru Besar SK Ulu Kukut Norawi Hj Kata yang juga seorang penulis.

Norawi berharap hasil tulisan para peserta akan dinilai dan beliau berjanji untuk mengadakan Majlis Hadiah Sastera SK Ulu Kukut sebelum tamat sesi persekolah­an 2017 ini.

“Bila murid-murid ini melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan, mereka tidak terkial-kial lagi kerana mereka telah mendapat pendedahan awal. HARYANA MUSTAPHA Penolong Kanan Pentadbira­n dan Kurikulum SK Ulu Kukut

 ??  ?? NORAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta terbaik bengkel sambil disaksikan oleh Ramli (kiri) dan Haryana.
NORAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta terbaik bengkel sambil disaksikan oleh Ramli (kiri) dan Haryana.
 ??  ?? NORAWI (dua kanan) sedang menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ramli sambil disaksikan oleh Haryana (kanan).
NORAWI (dua kanan) sedang menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ramli sambil disaksikan oleh Haryana (kanan).
 ??  ?? PARA peserta mengabadik­an kenangan bersama Ramli, Norawi dan Haryana.
PARA peserta mengabadik­an kenangan bersama Ramli, Norawi dan Haryana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia