Utusan Borneo (Sabah)

Budaya dan identiti dalam puisi

-

SEORANG pelajar perempuan dari Kota Kinabalu menjawab jumlah bentuk persegi adalah tiga belas. Satu persatu aku meminta para pelajar untuk melukiskan bentuk persegi yang besar di tengah-tengah kertas warna itu lalu meminta mereka menggarisk­an dua garisan menegak dan melintang di tengah-tengah bentuk persegi. Ada yang menjawab lapan, empat dan lima pada soalan yang aku tanyakan tentang jumlah bentuk persegi yang terkandung di kertas itu kerana beberapa pelajar yang menyertai sangat sukakan Matematik.

Setiap seorang memilih kertas warna yang mereka suka yang sudah tersedia di tengah-tengah bulatan. Ada yang memilih biru, kuning, merah, dan ada juga yang hijau dan putih. Masing-masing memilih pen warna yang mereka suka, yang juga turut tersedia di situ. Aku berdiri di tengah-tengah bulatan memerhati mereka yang seolah-olah masih bingung apa yang akan mereka buat pada helaian kertas itu. Para pelajar sekolah menengah dari seluruh Sabah duduk bersila dengan membentuk satu bulatan besar.

Angin bertiup di sekeliling lokasi membuatku tenang untuk berinterak­si dengan para pelajar itu. Sungai yang terbentang di situ pula seakan menambahka­n semangat aku dan para pelajar untuk samasama menikmati ketenangan alam dan merenung erti puisi yang mendalam. Aku melontarka­n soalan mengapa

perlunya

mereka mengutip satu kertas warna yang berada di tengah-tengah bulatan. Ada yang menjawab, dia mengutip dan memilih warna biru adalah untuk satu tujuan, iaitu belajar menulis puisi. Ada juga yang berkata dia tidak tahu. Apa yang dia tahu sesi itu adalah untuk belajar tentang puisi. Ada yang menjawab untuk mereka menulis.

‘Tidak juga pernah terlintas dalam fikiranku untuk menulis puisi. Aku tidak suka puisi. Aku tidak pernah menulis puisi. Memang tidak pernah. Tetapi dengan sesi ini, aku mulai memahami erti dan jiwa puisi yang sebenar. Sangat menarik!’ Kata seorang pelajar perempuan dari Kota Marudu yang sukakan Matematik. Dia berdiri di hadapan menjawab soalanku tentang perkataan ‘puisi’.

Selepas aku menjelaska­n bahawa mengapa perlu menggunaka­n kertas warna dan mengutipny­a di tengahteng­ah kerana untuk satu tujuan mengenali diri sebagai manusia. Manusia yang memiliki warna kulit yang berbeza-beza dan mempunyai nama yang berbeza-beza tetapi semuanya adalah manusia. Begitu juga dengan warna. Warna terdiri daripada pelbagai nama yang berbezabez­a, namun ia tetap dipanggil ‘warna’ seperti warna yang terkandung dalam Jalur Gemilang sebagai simbol, kita adalah satu negara, dan satu bangsa.

Dengan cara begitu mereka mengerti bahawa menulis puisi atau membaca puisi bukan hanya dengan mata telanjang semata-mata tetapi dengan mata hati yang jelas dan mengerti akan jiwa dan semangat yang terkandung dalam setiap rangkap yang mereka tulis. Aku berkongsik­an panduan, yang aku sendiri selalu menggunaka­nnya untuk menulis puisi. Aku meminta mereka untuk menulis perkataan-perkataan yang mereka suka pada ruangan dibentuk persegi itu.

Panduan yang aku berikan itu, aku namakan sebagai,‘tiwakpetem­o’ yang diambil dari perkataanp­erkataan: ‘tindakan, watak, kronologi, pengalaman, tetapan atau latar dan motif,’ dalam bahasa Inggerisny­a, iatu ‘accesm’ akronim pada ‘action, character, chronology, experience, setting and motive’. Bermulalah satu persatu melantunka­n puisipuisi mereka selepas itu. Maka dengan gembira mereka membacakan puisi yang mereka hasilkan dalam waktu yang singkat begitu.

Aku memerhati. Selain menguasai bahasa Melayu mereka juga menguasai bahasa Inggeris. Aku berasa kagum pada pelajar-pelajar itu. Dengan ini, andai kata para guru-guru mereka sedang berada di hadapanku, aku dengan bangganya akan mengangkat sepuluh jariku untuk memberi tabik hormat kepada guru-guru yang membimbing para pelajarpel­ajar ini sampai ketahap ini.

‘Aku orang Suluk dari Sandakan’. Kataku menjawab soalan seorang pelajar lelaki orang Dusun dari Keningau, aku orang apa, daripada mana, dan tentang apa yang mereka akan buat pada kertas warna itu, aku teringkatk­an Shima St Germain. Shima pernah menghubung­iku di media sosial dan meminta masa lapangku untuk bertemu. Aku bersetuju dan memberitah­unya tempat dan waktu. Aku ke kedai kopi. Shima sampai selepas sejam kami memutuskan untuk bertemu. Aku menghirup kopi o panas di cawan putih.

Sebelum sesi bermula aku bersama Dr Mizpal Ali di kantin sedang minum kopi dan makan kuih kacang hitam. Di kantin aku bertemu temanku Anne Baltazar yang turut menghadiri program itu. Anne yang aktif dalam isu sosial di Sabah, dia dan dua rakanya berkongsik­an perihal ‘budaya dan identiti’.

Belum sempat aku bertanyaka­n selanjutny­a tentang progam itu, pantas Shima menyambung cerita. ‘Layers of Me, tajuk program itu. Kita akan buat pada 30 September hingga 1 Oktober 2017.’ Katanya sambil menjelaska­n panjang bahawa, terdapat pelbagai suku kaum di Sabah yang telah hidup berdamping­an selama bertahun-tahun. Tradisi dari satu suku budaya tidak hanya bergantung pada daerah tempat asal mereka, tetapi juga pada latar belakang keluarga mereka.

“Bolehkah kamu berkongsik­an cara mudah menulis puisi? Mereka yang kamu ajar nanti adalah para pelajar sekolah menengah dari seluruh Sabah. Kita akan buat di Tuaran, Sabah. Nanti aku maklumkan lokasinya selasai mesyuarat dengan penaja.” Kata Shima sambil memperkena­lkan dirinya sebagai seorang warga Amerika yang berada di Sabah untuk program Fulbright English Teaching Assistance bersama-sama temannya, Courtney Weaver sebagai penganjur program dua hari itu. Dalam perjalanan ke lokasi pada hari itu, Shima berpesan bahawa program itu akan diadakan di Linangkit Cultural Village!

Shima menjelaska­n bahawa ada 115 pelajar yang akan menyertai bersama 35 guru dari SMK Limbanak, SMK Beaufort, SMK Bongawan, SMK Bengkongan, SMK Takis, SMK Sung Siew, SMK Sandakan II, SMK Sanzac, SMK Tebobon, SMK Lok Yok, SMK Tandek, SMK Bandau, SMK Kota Belud, SMK Pekan II, SMK Usukan, SMK Sri Nangka, SMK Pekan Telipok, SMK Sungai Damit. Dan ditaja oleh SMK Sri Nangka, SMK Beaufort, Kedutaan Amerika dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Sediakan kertas warna dan pen warna. Tidak perlu banyak. Cukup untuk empat sesi itu sahaja.” Kataku selepas bersetuju sambil memasang telinga pada penjelasan Shima seterusnya tentang program itu bahawa mereka akan membuka pintu untuk pertukaran dan pemahaman lintas budaya yang lebih besar dan lebih berkesan. -Catatan oleh NELSON DINO

 ??  ??
 ??  ?? PENULIS (kanan) sedang memberi penerangan kepada para peserta.
PENULIS (kanan) sedang memberi penerangan kepada para peserta.
 ??  ?? PARA peserta menyiapkan tugasan yang diberikan.
PARA peserta menyiapkan tugasan yang diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia