Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

ARAHMU PULANG

Sembahmu kepada Tuhan biar gugurmu penuh harapan kau gadai nyawa kerana bangsa demi negara kekal bergema.

Kala surya melampai langit jalur gemilang tinggi kau sanjung hingga ke akhir titisan embun kelak kau pijak bumi bersaksi.

Pada saat air matamu mengalir darahmu kau jaga mencemarim­u majumu selangkah dari barisan genderang mentari bukan rintihan.

Seandai ragamu tidak kembali kau pinta jiwamu dipacakkan layar di segara setia ikrarmu dilayarkan penunjuk arah mengusungm­u pulang.

NELSON DINO Sandakan

JABAT TANGAN DARIMU

Selamat malam tenang kian kabus menutupi langit tidak tertahan mendengar tangisan sebaris kata berlantai aman gusarmu hilang terang benderang.

Silam pernah bertanya padamu buat lautan membentang rindumu sampaikan jabat tangan darimu datangmu nanti membawa kasih pasti perubahan berlaku nanti.

Terpacak sudah layar warisan di samudera sendalu tenang terhapus cepat rasuah haram bersemarak di puncak lenang Sabah tanah airmu tenang.

NELSON DINO Sandakan

SEMBOYAN SANGKAKALA

Kau tidak mengerti akan tangisan setelah di hatimu kau tenun duka mendengar semboyan sangkakala berbatu-batu kau menjahit harapan.

Jujuran air matamu di hujung kalam kau kutip coretan tinta kata-kata sedang pujangga menulis salam lidah kau ikat melaung dusta.

Setitik dakwat putih kau gariskan sehelai suara memanggil jiwamu mencari buai didendanga­n awan kau damai setenang alun angin.

Kala kau bangkit berkasih sayang kau pilih benci kerja kejahatan kerana kau bukan milik setan semangatmu hidup di perjuangan.

NELSON DINO Sandakan

NELSON DINO lahir di Lahad Datu pada 29 Ogos 1977 tetapi dibesarkan di daerah Sandakan Sabah Malaysia. Mula menulis sekitar 1996. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Nunuyan di Sandakan. Beliau memperoleh­i Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan di Mindanao State University, Marawi City pada tahun 2003. Nelson mendapat anugerah “Best Music and Poetry Award” di Northern Illinios University Amerika Syarikat pada 2006. Buku tulisan beliau, Sulug in Sabah: The Way of Life and Culture terbitan Saba Islamic Media 2015. Beliau pernah melawat Jepun, Thailand, Brunei, Amerika, Vietnam, Laos, Cambodia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain berkarya, beliau juga adalah sukarelawa­n Mercy Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia