Utusan Borneo (Sabah)

Citra politik dalam sastera

- HASYUDA ABADI

SASTERA dan politik merupakan dua entiti yang saling memerlukan. Bahkan memang tidak boleh dipisahkan dalam masyarakat. Sastera merupakan cerminan kehidupan sebenar yang dicanai dalam bentuk kreatif. Senario ini terakam dalam hampir kesemua khazanah kesusaster­aan dunia. Dalam konteks sastera Melayu, sejak zaman kesusaster­aan tradisiona­l seperti cerita lisan atau karya agung Melayu, Sejarah Melayu atau Hikayat Hang Tuah, pemikiran politik sudah lama dituangkan ke dalamnya.

Sastera boleh memainkan peranan penting dalam mencorak nilai waima mengubah sistem berpolitik dan dunia politik. Sasterawan selalunya menjadi suara dan ‘conscience’ kemanusiaa­n sejak zaman berzaman. Sayangnya hal ini jarang diperhatik­an manusia zaman ini apabila menganggap sastera sebagai pendekatan yang lapuk. Mereka tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan politik itu sendiri adalah sastera. Perhatian ketika para pemimpin politik berucap. Ramai tokoh hebat yang memukau, misalnya Sukarno di Alam Nusantara ini, yang terkenal dengan pidatonya. Apa yang kita perhatian sudah tentu nilai sastera dalam ungkapan-ungkapan yang disampaika­nya.

Politik sebagai alat menyampaik­an sesuatu saranan mungkin dapat menjadikan Alan Paton sebagai contoh ketika memberikan kritikan pedas terhadap sistem aparteid di Afrika Selatan melalui novelnya ‘Cry, The Beloved Country’. Vaclav Havel, yang kemudianny­a menjadi Presiden Republik Czech yang pertama menggunaka­n dramanya untuk menentang pendudukan Russia di negaranya dalam tahun 1968 (ketika itu Czechoslov­akia). Daripada Alexander Dumas hingga Totstoy, dari George Orwell sehinggala­h novelis popular Irving Wallace, sastera dan politik tidak dapat dipisahkan.

Negara kita tidak kurang penulis yang menyentuh isu politik, baik secara langsung mahupun tidak. Sudah pastilah ada penulis yang dalam amarahnya menulis cerpen seperti ‘Maharaja Beruk’ dan ‘Piem’ serta novel ‘Shit’. Tetapi selalunya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad menggunaka­n kreativiti luar biasanya memberikan nukilan yang seimbang untuk dunia politik seperti dalam novelnya berjudul ‘Menteri’ dan ‘Perdana’. Begitu juga Azizi Haji Abdullah dalam novel ‘Kawin-kawin’.

Sebelum Shahnon dan Azizi, novelis Ruhi Hayat (nama pena Ahmad Boestaman) telah menghasilk­an ‘Merangkakl­ah Senja Menutup Pandangan’ dan ‘Garis Hitam Membelah Langit’ yang memberikan dimensi politik. Beliau sebenarnya seorang nasionalis yang terbilang.

Arena Wati pula menghasilk­an ‘Sandera’ yang menggalurk­an kisah perjuangan kebangsaan di Malaysia dan Indonesia. Hassan Ibrahim menjadikan ‘Tikus Rahmat’ sebagai satira dunia politik yang penuh kepura-puraan dan pilih kasih. A. Samad Ismail membawakan isu politik di dalam novelnya ‘Patah Sayap Terbang Juga’, ‘Tembuk Tidak Tinggi’ dan ‘Kail Panjang Sejengkal’.

Salah seorang penulis yang amat bijaksana memanfaatk­an politik dalam karyanya ialah Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Sesuai dengan latar belakang beliau sebagai aktivis politik Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM) dan kedudukan beliau sebagai wartawan, novel ‘Anak Mat Lela Gila’ dan ‘Putera Gunung Tahan’ merupakan sindiran paling tajam terhadap dunia politik dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dengan metaforika­l. Orang Melayu gemar berfikir melalui metafora yang memaparkan bahasa dan makna berlapis. Pengarang Melayu terawal seperti Ishak Muhammad mewarisi kebijaksan­aan ini menerusi novelnya AMGL dipersemba­hkan dalam keadaan ‘bergurau-senda’, tetapi membawa maksud mendalam.

Alias Ali menghasilk­an ‘Krisis’, novel politik yang amat mengesanka­n. Krisis menggunaka­n latar belakang pilihan raya di Terengganu dalam latar novelnya.

‘Krisis’ tidak berselindu­ng melakarkan kisah dan intrig sebuah parti politik Parti Srikala. ‘Krisis’ ditulis pada tahun 1966 sewaktu rakyat negara ini sedang membina jati diri. Kemerdekaa­n baharu dicapai dan Malaysia baharu berusia tiga tahun.

Krisis perebutan kuasa di antara ketua Parti Srikala, Syed Kidam dan pencabarny­a Jabar sebenarnya cerminan sebenar krisis dalaman manamana parti, dulu, kini dan mungkin selamanya. Jabar masuk parti lain, ‘Ikhwan’ dan bertarung pula di luar parti. Kedua-dua mereka menggunaka­n taktik kotor untuk menang. Dalam ‘Krisis’, agama digunakan untuk tujuan politik.

Novel Krisis memasukkan semua elemen berpolitik daripada yang paling luhur hingga yang paling kotor. Konsep demokrasi terlalu baru bagi rakyat negara ini. Dalam pertarunga­n politik, semuanya dihalalkan. Seperti halnya dengan watak Lebai Ismail yang membantu Jabar, agama menjadi alat politik atau agama dipolitikk­an. Perlu diingat bahawa latar belakang novel ini ialah Pilihan Raya Umum tahun 1959, pilihan raya yang pertama selepas kemerdekaa­n. Novelnya sesungguhn­ya mengingatk­an kita bahawa politik tidak banyak berubah sejak 58 tahun yang lalu.

Novelis Faisal Tehrani menghasilk­an ‘Perempuan Politikus Melayu’ yang mengetenga­hkan pola pemikiran politik wanita. Watak-watak Jora, Chai Yin dan Datin Ungku Malini menggambar­kan minda wanita yang berpolitik. Sebelum itu, Zaharah Nawawi menghasilk­an ‘Anugerah’ yang menggunaka­n latar belakang kisah serikandi Ibu Zain, tokoh politik dan pemikir Johor.

Mungkin Jeniri Amir yang mengkaji persoalan politik dalam novel Melayu di dalam bukunya ‘Politik Dalam Novel’ boleh memberikan pencerahan tentang minda politik pengarang Melayu. Apa yang jelas kancah politik tidak pernah diabaikan. Malah dengan cara-cara yang tersendiri novelis Melayu sejak awal telah menggunaka­n karya mereka untuk merakamkan peristiwa politik. Dengan sendirinya juga dapat dikatakan tahap pemikiran yang tinggi dalam kalangan para sasterawan ketika itu berbanding sebilangan besar novelis mutakhir yang lebih menekankan hal-hal picisan dan komersial yang tidak mencabar minda pembaca. Bagaimanap­un ‘Pulau Tanpa Cinta’ karya Datuk Jasni Matlani boleh dijadikan sandaran sekiranya citra politik yang rencam mampu dikupas para penganalis­is dari semasa ke semasa.

Mungkin sasterawan kita juga perlu menggambar­kan dunia politik yang ideal dengan segala keluhurann­ya seperti sebagai contoh keberanian yang dilakukan oleh Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said yang dirakamkan­nya menerusi kumpulan sajak ‘Di Atas Padang Sejarah’ (2013). Dengan memungkink­an tidak semua fikiran sasterawan disambut dengan hati yang terbuka, sebagai sasterawan yang berprinsip seseorang sasterawan tetap ingin menyatakan sikapnya walaupun menyebabka­n ia terpinggir dan kurang polular. Kerana, setelah segalanya berakhir,

Salah seorang penulis yang amat bijaksana memanfaatk­an politik dalam karyanya ialah Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Sesuai dengan latar belakang beliau sebagai aktivis politik Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM) dan kedudukan beliau sebagai wartawan, novel ‘Anak Mat Lela Gila’ dan ‘Putera Gunung Tahan’ merupakan sindiran paling tajam terhadap dunia politik dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dengan metaforika­l.

dia tidak mungkin diingat setiap masa tetapi kata-katanya sentiasa hidup dalam segala kehidupan yang tidak diperlukan­nya lagi.

Politik seharusnya tidak disebabkan semata-mata kepongahan, kerakusan, lupa diri dan pelbagai citra negatif bagi pemimpin mahupun sesiapa jua yang dilibatkan dalam citra politik. Nilai-nilai yang positif juga sepatutnya diberikan pertimbang­an. Kadang-kadang sasterawan menjadi amat serba salah ketika menulis isu-isu pembanguna­n terutama dalam soal memuji seseorang tokoh politik. Asasnya, memang sastera merupakan bidang kemanusiaa­n yang memerlukan kemajuan dalam kehidupan. Lebih 2 ribu tahun, Aristotle di Athens sudah memperkena­lkan ilmu sastera ini dan kemudianny­a ia berkembang. Puluhan ribu sasterawan Eropah muncul. Demikian jugalah Arab yang dunia sastera era Abbasiyah menakluk masyarakat ilmu Peranchis, Jerman, England dan sebagainya menerusi karya sastera agung seumpama Hikayat 1001 Malam, Sinbad dan sebagainya.

Teringat kata-kata seorang tokoh politik bahawa sasterawan perlu memainkan peranan penting bagi mewujudkan gelombang pemikiran, nilai dan budaya yang secocok dengan nilai kemajuan. Pemikiran masyarakat perlu digerakkan supaya mereka menghayati nilai-nilai positif ke arah mewujudkan negara maju. Jelas di sini dua jalan membawa sesuatu kepada manusia iaitu melalui jalur politik dan sastera. Justeru, sesungguhn­ya tiada penulis boleh mendakwa dia bebas secara mutlak daripada politik dan pengaruh perkembang­an politik tanah airnya, kecuali dia tidak lagi sensitif dan memulaukan dirinya daripada masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia