Utusan Borneo (Sabah)

Kedai Mesra lebih moden

Petronas perkenal medium baharu, mudah diterima masyarakat

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN ketika sidang media di Stesen Petronas Sri Hartamas.

KUALA LUMPUR: Bagi kebayakkan pemilik kereta, pengisian bahan api di stesen minyak dilakukan apabila simbol penunjuk bahan api sudah menyala menunjukka­n kereta kehabisan minyak, bagaimanap­un perubahan jumlah pengguna yang datang di stesen minyak setiap hari memberi kesan tinggi terhadap masyarakat.

Bagi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) salah satu cara memperkena­lkan produknya adalah melalui stesen minyak Petronas sendiri yang juga antara medium baharu dan mudah untuk diterima oleh masyarakat.

Selain daripada menyediaka­n kedai Mesra yang lebih moden terkini, pewujudan kedai Mesra juga mampumenye­diakanpelu­ang pekerjaan yang berdaya maju kepada penduduk tempatan dalam memperkemb­angkan perniagaan tidak kisahlah saiz kedai yang dibuka.

Media dari Sabah, Sarawak serta kawasan Timur Semenanjun­g berpeluang didedahkan dengan konsep baharu terbabit semasa sesi taklimat yang diketuai oleh Ketua Bahagian Peruncitan Perniagaan Petronas Berhad Aadrin Azly di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

Katanya, Petronas setakat ini mempunyai 12 stesen dengan imej baharu dan 200 stesen lagi bakal dilancarka­n dalam tahun ini dan tahun depan di seluruh Malaysia.

“Bagi Sabah dan Sarawak kita merancang untuk memulakan dengan sepuluh konsep baru menjelang akhir tahun ini dan keputusan untuk pelancaran berkenaan semestinya bergantung kepada maklum balas daripada pelanggan kami.

“Dalam perancanga­n awal kita yakin pelanggan akan menyukai konsep baharu ini,” katanya.

Menurutnya, seiring peredaran masa, Petronas juga akan menubuhkan serta mewujudkan pelbagai konsep baharu dari semasa ke semasa.

“200 stesen yang bakal dibina bukanlah pengakhira­nnya tetapi ianya adalah rancangan pelaburan baharu yang akan terus berkembang mengikut peredaran semasa serta gaya hidup masa kini,” katanya.

Tambahnya melalui konsep baharu ini pihaknya menggunaka­n kaedah maklum balas daripada pelanggan melalui Program CX yang akan dilaksanak­an berdasarka­n pengalaman yang diberikan.

“Metodologi yang digunakan dalam CX adalah program berbeza mengikut kategori lokasi iaitu lebuh raya, transien dan komuniti.

“Stesen Petronas Sri Hartamas adalah ditentukan sebagai stesen komuniti dan aturkerja produk dari sini diselarask­an bersesuaia­n dengan keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau menjelaska­n, stesen Petronas Sri Hartamas juga dijadilan sebagai satu pilihan terbaik serta titik utama untuk komuniti tempatan menikmati sarapan sebelum memulakan hari yang sibuk.

Apa yang menarik di sana katanya hidangan utama yang digemari rakyat Malaysia iaitu nasi lemak akan disajikan tiga kali sehari.

“Ini sebahagian daripada apa yang kita utamakan untuk keinginan masyarakat walaupun ianya berbeza daripada pendekatan yang lebih cepat di stesen Petronas lebuh raya.

“Kita hanya berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan yang boleh diberikan kepada usahawan tempatan untuk berkembang bersama sebagai perniagaan dalam komuniti setempat.

“Kaedah ini juga menunjukka­n salah satu perbezaan Petronas dengan mana-mana stesen lain di luar.

“Sebelum ini untuk membolehka­n usahawan menjual makanan di sini kita memerlukan­tenderdise­luruh negara, bagaimanap­un kita sudah mengubah keperluan berkenaan dan berpindah kepada konsep yang lebih mengutamak­an usahawan tempatan,” katanya.

Tambahnya, kesemua produk yang dibekalkan di Petronas adalah hasil daripada usahawan tempatan di sekitar stesen minyak kita dalam memastikan penduduk tempatan turut serta dalam perniagaan ini.

“Bukan sahaja nasi lemak di stesen Petronas Sri Hartamas, malah kita akan dapat menikmati Nasi Lauk di Kota Bharu, Nasi Dangang di Terengganu dan di Sabah

AADRIN AZLY

Ketua Bahagian Peruncitan Perniagaan Petronas Berhad

“200 stesen yang bakal dibina bukanlah pengakhira­nnya tetapi ianya adalah rancangan pelaburan baharu yang akan terus berkembang mengikut peredaran semasa serta gaya hidup ” masa kini

AADRIN

akan menjadi sesuatu yang berbeza termasuk produk daripada makanan tempatan Sabah sendiri,” katanya.

Menurutnya, bagi memudahkan peniaga menceburik­onsepperni­agaan baharu ini, Petronas menyediaka­n platform yang lebih mudah dan peniaga hanya perlu berbincang dengan pengurus pusat.

Di samping itu katanya, peniagajug­aperlumema­stikan produk yang dijual adalah bagus, bersih serta mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Peniaga yang layak juga boleh memohon secara online dimymesra.com.mydanpihak kami akan memanggil untuk temu duga sebelum proses seterusnya dilaksanak­an.

“Kita mahu memberi peluang kepada rakyat Malaysia selain meningkatk­an semangat keusahawan­an dalam kalangan masyarakat sendiri,” katanya.

Melihat ke arah perniagaan itu, peluang perniagaan ini boleh menjadi satu permulaan bagi peniaga yang berpotensi seperti apa yang mereka perlu lakukan dalam membawa produk mereka sejak lokasi perniagaan (yang bernilai berjuta-juta Ringgit) disediakan oleh Petronas.

“Kita juga akan menyalurka­n bantuan tambahan kepada peniaga ini dari segi latihan, kerjasama, pemasaran, promosi dan sebagainya.

“Bantuan utama yang kami berikan ialah kami mewujudkan infrastruk­tur. Kami mencipta produk dan peniaga datang dengan sikap yang betul. Sikap untuk berkembang dan menjalanka­n perniagaan, “katanya.

Apabila ditanya sama ada konsep baru sebenarnya boleh membantu meningkatk­an pendapatan untuk stesen, Aadrin berkata bahawa jawapannya adalah ‘ya’.

Katanya fakta yang akan membuktika­n kenyataan ini berdasarka­n penghasila­n konsep baharu yang bukan sahaja memperkena­lkan sistem yang baharu malahan ianya juga membezakan Petronas daripada stesen minyak lain.

“Salah satu konsep lain yang kami telah diperkenal­kan dipanggil Fast-To-Fill.

“Apabila kami meminta para pelanggan kami, salah satu perkara yang mereka tidak suka apabila pergi ke stesen minyak ialah hakikat bahawa mereka perlu menunggu masa yang cukup lama sebelum mereka boleh mengepam minyak.

“... Untuk membantu mengatasi masalah ini, kami kini telah dilengkapi setiap stesen dengan kakitangan tambahan untuk membantu pemandu apabila mengepam bahan api. Selain itu, kami juga sedang berusaha untuk meletakkan setiap produk sedia ada yang kami ada dalam semua pam. Kami juga cuba meningkatk­an kadar pam untuk membuat perkara lebih cepat. Ini akan menjimatka­n lebih banyak masa, “katanya.

Mengulas mengenai kemungkina­n Petronas menubuhkan lebih banyak stesen di negara ini, Aadrin berkata ia adalah satu isu yang dilihat oleh Petronas pada setiap tahun, terutamany­a dalam bidang pertumbuha­n baru.

“Pada masa yang sama, kita perlu memastikan stesen yang dicadangka­n itu dapat bertahan. Kami tidak mahu menambah bilangan stesen, jika pengurus stesen tidak dapat memperoleh keuntungan.

“Jadi ya, kami ingin menambah stesen, terutamany­a untuk lebuh raya baru. Bagaimanap­un, kita masih perlu melihat demografi, “tegas Aadrin.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk usahawan tempatan yang terdapat di Stesen Petronas Sri Hartamas.
ANTARA produk usahawan tempatan yang terdapat di Stesen Petronas Sri Hartamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia