Utusan Borneo (Sabah)

Tesco belanja RM55 juta ubah suai enam pasar raya besar

-

GEORGE TOWN: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) membelanja­kan sejumlah RM55 juta pada tahun ini bagi kerjakerja pengubahsu­aian enam pasar raya besarnya bagi memastikan keselesaan pengguna membeli-belah.

Pengarah Format Tesco Malaysia, Corine Boudville berkata usaha membabitka­n tiga pasar raya iaitu Tesco Penang di Jelutong dan Tanjung Pinang di Tanjung Tokong di Pulau Pinang serta di Kota Bharu, Kelantan telah siap dan menelan kos sebanyak RM27.6 juta.

“Tiga lagi pasar raya yang masih dalam proses itu adalah dua di Selangor iaitu Tesco Setia Alam dan Shah Alam serta satu lagi di Tesco Bukit Indah, Johor.

“Ia membabitka­n dekorasi lebih mesra pengguna bagi memberi pengalaman baharu serta memudahkan pengguna membeli-belah dengan lebih banyak pilihan lagi,” katanya selepas membawa petugas media melawat pasar raya Tesco Tanjung Pinang itu di sini, kelmarin.

Sebanyak RM9.9 juta dibelanjak­an bagi mengubah suai Tesco Tanjung Pinang yang memakan masa 12 minggu bermula Julai lepas.

Boudville berkata pihaknya turut mendapat maklum balas positif daripada pelanggan mengenai keselesaan serta suasana lebih segar di semua pasar raya yang diubah suai.

“Sejak tahun lalu hingga Oktober, sejumlah sembilan pasar raya diubah suai dan kami turut menambah penyewa lot kedai bagi meningkatk­an pilihan untuk pelanggan. Mengikut perancanga­n, sebanyak enam lagi pasar raya Tesco akan diubah suai dan kami dalam proses memilih premis selain aspek kos terbabit.

Selain itu, Boudville berkata tiga pasar raya berwajah baharu iaitu Tesco Tanjung Pinang, Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua di Gelugor juga masing-masing dilengkapi dengan enam kaunter sistem pembayaran layan diri membabitka­n transaksi maksimum 10 barang.

Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di wilayah utara dilengkapi kemudahan itu.

“Operasi kaunter layan diri ini akan bermula di Tesco Tanjung Pinang, esok (semalam) manakala Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua pada minggu hadapan dengan kos pelaburan sebanyak RM1.3 juta.

“Pelanggan boleh menggunaka­nnyameneru­sitigalang­kah mudah – mengimbas barang, membungkus dan membayar sama ada tunai, debit, kad kredit atau kupon. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BOUDVILLE (dua kanan) menunjukka­n antara produk je-nama Tesco yang disusun atur baharu sempena pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang di George Town, kelmarin.
— Gambar Bernama BOUDVILLE (dua kanan) menunjukka­n antara produk je-nama Tesco yang disusun atur baharu sempena pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang di George Town, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUSUN atur baharu sempena pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang di George Town.
— Gambar Bernama SUSUN atur baharu sempena pembukaan semula Tesco Tanjung Pinang di George Town.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia