Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan wanita Malaysia, Uzbekistan digesa teroka pasaran satu sama lain

-

KUALA LUMPUR: Usahawan wanita dari Malaysia dan Uzbekistan digesa bekerjasam­a dan meneroka pasaran antara satu sama lain, terutamany­a dalam segmen kecantikan, kesihatan, fesyen dan gaya hidup.

Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (WENA), Nadira Yusoff berkata sektor-sektor ini menawarkan peluang amat besar di kedua-dua negara.

Beliau berkata sehubungan itu, persatuan tersebut telah menganjurk­an satu forum yang berfungsi sebagai platform untuk menghubung­kan usahawan wanita tempatan dengan rakan sejawat mereka dari Uzbekistan.

“Forum ini adalah bagi usahawan wanita yang bersedia untuk meneroka ke pasaran eksport. ia akan membantu mereka bertemu dengan pembeli antarabang­sa dan rakan kongsi yang berpotensi.

“Kami berharap forum tersebut akan dapat menggalakk­an perdaganga­n yang lebih besar antara Malaysia dan Uzbekistan,” katanya dalam ucapan beliau semasa Forum Wanita Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di sini, kelmarin.

Beliau juga berkata acara itu bertujuan meningkatk­an pemahaman tentang peluang ekonomi dalam kalangan wanita yang berniaga, di samping mengukuhka­n hubungan antara persatuan usahawan wanita di Malaysia.

Forum sehari itu disertai lima persatuan usahawan wanita tempatan, iaitu Peniagawat­i, Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia, Pertubuhan Pembanguna­n Wanita India Berkerjaya Malaysia, Entreprene­urs and Profession­als dan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia.

Secara terkumpul, persatuan-persatuan ini memiliki 40,480 anggota di seluruh Malaysia.

Uzbekistan pula disertai oleh persatuan Business Women’s Associatio­n of Uzbekistan yang diketuai presidenny­a Mahmudova Gulnora Gulamnazar­ovna. Persatuan itu memiliki 14,000 anggota.

Delegasi Uzbekistan itu dalam rangka lawatan perniagaan selama lima hari ke Malaysia bagi membiasaka­n diri mereka dengan persekitar­an perniagaan negara.

Sementara itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik wanita menyumbang 186,930 atau kira-kira 20.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n di Malaysia, dengan pertumbuha­n tahunan lapan peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia