Utusan Borneo (Sabah)

Pengaruh kosmetik halal semakin berkembang di Barat

-

KUALALUMPU­R:Pengaruh kosmetik halal termasuk dari Asia kini semakin berkembang di Barat berdasarka­n aliran permintaan semasa.

Pengaran Urusan UBM Asia (Perniagaan ASEAN), M.Gandhi berkata ini turut berkait rapat dengan kelebihan produk-produk Asia yang mengandung­i bahan semula jadi serta bercirikan organik khususnya bagi tujuan antipenuaa­n.

UBM Asia merupakan antara pengerak Ekspo Kecantikan Antarabang­sa Malaysia (Beautyexpo­17) yang masuk edisi ke-17 penganjura­nnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini dan bermula kelmarin sehingga 9 Okt, 2017.

“Kosmetik halal semakin mendapat tumpuan utama dan potensi bagi produknya pula terus berkembang pesat di pasaran,” katanya pada majlis pelancaran ekspo itu kelmarin.

Gandhi berkata permintaan terhadap kosmetik halal juga membabitka­n pelbagai segmen penduduk, tanpa mengira agama dan bangsa.

Produk itu menjadi pilihan dari segi manfaat asas kesihatan, kaedah pengeluara­nnya yang tidak menzalimi haiwan serta kebersihan bahan-bahan asasnya.

Malah, berteraska­n kepentinga­n serta apa disifatkan beliau sebagai peralihan indusgtri, Gandhi berkata pameran Beautyexpo­17 kali ini mewujudkan enam zon khas iaitu salun kecantikan, salun dandanan rambut, mekap dan pendidikan, salun kuku, kesihatan dan kesejahter­aan serta kosmetik halal dan bumiputera.

“Ia terus mendapat tempat dan menjadi platform bagi pembanguna­n profesiona­l terbabit. Pada masa sama, ia turut menyediaka­n peluang jaringan untuk profesiona­l kecantikan di negara ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia