Utusan Borneo (Sabah)

Forum Pemula Niaga KL’17 himpunkan 500 usahawan teknologi dan usahawan

-

KUALA LUMPUR: Forum Pemula Niaga KL’17 yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) dijangka menghimpun­kan 500 usahawan teknologi dan usahawan yang berperanan penting dalam seluruh landskap perniagaan.

Pengarah Bahagian Penerokaan Teknologi MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata setakat ini 200 usahawan teknologi dan usahawan mendaftar untuk menyertai forum itu yang akan diadakan di Pusat Teknologi Universiti Putra Malaysia-MTDC di Serdang, Selangor pada 14 Oktober ini.

Beliau berkata, forum itu bertujuan menggalakk­an penggunaan teknologi oleh syarikat pemula niaga menerusi program inkubasi, kemudahan keusahawan­an dan pembiayaan.

Forum itu diadakan sempena Expo Ekonomi Inovasi dan Kreatif Kebangsaan 2017, seiring dengan usaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memperting­katkan sektor teknologi, katanya kepada Bernama.

Mohammad Hazani berkata, mengikut Rancangan Malaysia Kesebelas, MTDC menerima peruntukan RM925 juta daripada kerajaan untuk disalurkan melalui enam dananya bagi membantu firma tempatan menambah baik kandungan teknologi, kapasiti, keupayaan dan daya saing mereka.

Beliau berkata, setakat ini RM240 juta telah diberikan, manakala baki RM230 juta telah diluluskan untuk 14 sektor utama termasuk teknologi hijau, elektronik dan elektrik serta bioteknolo­gi.

Semasa expo itu berlangsun­g, 12 syarikat yang dibimbing MTDC akan mempamerka­n produk mereka, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia