Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan PSC di KLIA2 akan jejas perjalanan: AirAsia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbanga­n tambang rendah terbesar Asia, AirAsia, pada Khamis berkata penyeragam­an caj perkhidmat­an penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) mungkin memberi impak negatif ke atas industri pelanconga­n.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, berkata kajian terperinci perlu dilakukan sebelum Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) menaikkan PSC ke atas pelepasan antarabang­sa dari klia2.

“Saya rasa tidak wajar mengenakan caj ke atas pengguna bagi jenis perkhidmat­an yang sama yang ada di KLIA dan KLIA2.

“Ada gambaran lebih besar mengenainy­a. Dengan menurunkan atau mengekalka­n PSC, lebih ramai orang akan menggunaka­n perkhidmat­an udara, anda merangsang lebih banyak perjalanan dan akan memberi kesan pengganda ke atas ekonomi secara menyeluruh,” katanya selepas melancarka­n wajah baharu majalah perjalanan AirAsia 3Sixty sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-10nya di sini pada Khamis.

Mavcom sebelum ini merancang menyeragam­kan kadar antara dua terminal, dengan PSC antarabang­sa KLIA2 akan dinaikkan daripada RM50 kepada RM73, menyamai kadar pelepasan antarabang­sa di KLIA, mulai Januari depan.

Namun, suruhanjay­a itu baru-baru ini berkata semakan semula kadar terbabit masih dijalankan.

“Kami berharap kerajaan akan mengkajiny­a dan menimbang semula cadangan daripada Mavcom. Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum pelaksanaa­nnya.

“Kami percaya wujud perbezaan besar antara KLIA dan KLIA2. Dapatkan pandangan jujur daripada pengguna. Jika caj PSC setara, ia akan memberi kesan ke atas perjalanan,” katanya.

Majalah AirAsia Travel 3Sixty berwajah baharu itu mengandung­i logo baharu, kandungan serta penjenamaa­n menyeluruh, dan syarikat penerbanga­n itu juga melancarka­n laman web baharu Travel 3Sixty.com yang merupakan sebahagian daripada strategi pendigital­annya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia