Utusan Borneo (Sabah)

DBKK SANGKAL DAKWAAN

Bina projek di Taman Tun Fuad Bukit Padang

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyangkal dakwaan pihak yang sengaja menyebar berita palsu berkaitan perancanga­n pembinaan projek pembanguna­n di Taman Tun Fuad Bukit Padang.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, kenyataan yang dikeluarka­n oleh pihak terbabit dilihat cuba memesongka­n pemikiran masyarakat tentang usaha murni pihaknya sehingga menimbulka­n kebimbanga­n berkaitan kelangsung­an taman berkenaan.

“DBKK tidak ada menjalinka­n usahasama dengan mana-mana pihak untuk membangunk­an projek misalnya tempat peranginan, hotel dan sebagainya sepertiman­a yang disebar luas, tetapi mengekalka­n bangunan yang sedia ada sahaja.

“Kami hanya menjalanka­n mandat yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk menjaga sekaligus mengekalka­n kebersihan serta kecantikan landskap Taman Tun Fuad selain menambah baik segala kemudahan untuk kegunaan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Rekaan Kiosk sempena Festival Arkitek Borneo anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (Pam) dan DBKK, di sini pada Ahad.

Pada Julai lepas, Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memberikan mandat kepada DBKK untuk menjaga Taman Tun Fuad Bukit Padang sebagai taman riadah.

Yeo berkata, setelah DBKK mengambil alih taman yang berkeluasa­n 153 ekar itu, rata-rata pengunjung berpuas hati dengan keselamata­n dan keselesaan semasa menjalani aktiviti riadah di taman berkenaan.

Berbalik pada program, beliau amat menyokong sepenuhnya penganjura­n pertanding­an rekaan kiosk yang dilihat sebagai usaha murni Pam yang mahu membantu masyarakat. “DBKK amat menggalakk­an sektor swasta membantu pihak berkuasa tempatan untuk memberi kemudahan yang bermanfaat kepada masyarakat seperti pertanding­an rekaan kiosk sebegini yang boleh dipraktikk­an.

“Saya juga sudah mengarahka­n Pam mencari rekaan lebih praktikal untuk kita menempatka­n di kawasan luar bandar, perkampung­an termasukla­h di taman di bawah seliaan DBKK,” katanya.

Dalam ucapannya, Yeo berkata penggunaan bahan kitar semula dalam setiap rekaan adalah bertepatan dalam usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar di samping

(tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli pasukan FACM UCSF yang muncul johan Pertanding­an Rekaan Kiosk 2017.

mempromosi barangan inovasi tempatan.

Justeru, beliau berharap agar lebih ramai lagi bakat tempatan yang akan menyertai pertanding­an itu bagi membantu DBKK mencapai misi menjadikan bandaraya ini bersih, hijau dan selamat untuk didiami.

Terdahulu, Pasukan FACM UCSF berjaya menjadi juara keseluruha­n pertanding­an rekaan ki o s k dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil penyertaan.

Manakala, naib johan dimenangi oleh pasukan 4 Plus 1 dan tempat ketiga pasukan JWA D&B Sdn Bhd dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM2,000 beserta sijil penyertaan.

Hadir sama ialah Pengerusi Pam Sabah Chapter Ar Arnold Kwan dan Pengerusi Penganjur Festival Arkitek Borneo 2017 Ar Ezekiel Lee.

 ??  ?? PROTON Wira yang dipandu mangsa remuk kemalangan itu.
PROTON Wira yang dipandu mangsa remuk kemalangan itu.
 ??  ?? YEO
YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia