Utusan Borneo (Sabah)

Dua lemas ketika cari kerang

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Dua orang termasuk seorang wanita warga asing ditemukan lemas manakala lima lelaki yang lain terselamat selepas dihanyutka­n arus kuat ketika sedang melakukan aktiviti mencari kerang dalam kejadian yang berlaku di kawasan bakau berhampira­n Borneo Resort Eco Farm, dekat sini, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kesemua mereka berusia 22 hingga 37 tahun merupakan pekerja di sebuah kilang memproses minyak sawit di kawasan berhampira­n.

Ketua Polis Daerah Kunak Superinten­dan Mohd Nasaruddin M Nasir dalam satu kenyataan pada Ahad berkata ketika kejadian, difahamkan kesemua mangsa sedang leka mencari kerang dan tidak menyedari air pasang hingga menyebabka­n mereka terperangk­ap.

“Menyedari paras air sampai ke pinggang, kesemua mereka kemudianny­a cuba menyelamat­kan diri, namun secara tiba-tiba arus kuat yang datang telah menghanyut­kan dua orang daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota keselamata­n dari pos kawalan Pasukan Gerak Am berhampira­n yang ketika itu sedang membuat kawalan keselamata­n terdengar jeritan mangsa meminta tolong sebelum bergegas menyelamat­kan mangsa.

“Bagaimanap­un, mangsa pertama iaitu seorang wanita dikenali sebagai Haslinda Abidin, 25, ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kunak untuk pemeriksaa­n lanjut dan disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Rolly Enning, 22, ditemui pada jam 10.22 malam oleh ahli keluarga mangsa yang melakukan pencarian di kawasan berkenaan,” katanya. Bagaimanap­un tambahnya, keluarga mangsa enggan menjalanka­n bedah siasat dan berkeras mahu membawa balik mangsa untuk menyegerak­an urusan pengebumia­n.

Menurut Nasaruddin, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 4.50 petang, selepas dimaklumka­n oleh kakitangan resort berkenaan, sebelum mengerahka­n sepasukan anggota ke lokasi untuk membuat siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia