Utusan Borneo (Sabah)

Berdaya saing menjelang 2050

Kerajaan sentiasa dengar suara rakyat

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Kerajaan sentiasa mendengar cadangan rakyat bagi merealisas­ikan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata usaha itu adalah sebagai jaminan kepada generasi akan datang agar lebih berdaya saing menjelang 2050.

“Melalui bicara TN50 seumpama ini, pandangan terutama sekali berkaitan dengan aspirasi yang diutarakan oleh rakyat setempat terutamany­a masyarakat Lotud diambil kira dalam laporan kepada kerajaan.

“Pandangan itu adalah bagaimana kita dapat menggemble­ng kekuatan sains, teknologi dan inovasi (ST I) untuk bersedia mencapai aspirasi rakyat serta sasaran kerajaan menjelang 2050.

“Melalui usaha berterusan, kerajaan terbuka kepada apa sahaja cadangan yang dikemukaka­n oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Lotud 2017: Dialog merangkumi topik TN50, di sini pada Ahad.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran gembira kerana masyarakat Lotud sendiri sudah mula mendapat kesedaran berkenaan pentingnya STI sebagai persiapan menghadapi cabaran pembanguna­n pada masa akan datang terutama sekali untuk mencapai hasrat TN50.

Jelasnya melalui dialog anjuran bersama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) serta Persatuan Suang Lotud Sabah, masyarakat Lotud mengutarak­an pelbagai cadangan bukan sahaja untuk dilaksanak­an oleh kerajaan tetapi juga dilaksanak­an di peringkat keluarga, diri sendiri dan organisasi dalam masyarakat.

“Itu yang penting bagi kerajaan kerana pada hari ini dalam usaha kerajaan untuk merumuskan satu aspirasi baharu iaitu TN50 ini, ia hendaklah berasaskan aspirasi rakyat atau datang daripada rakyat.

“Sehubungan itu, rakyat sendiri akan sedar bahawa mereka mempunyai tanggungja­wab bersama dalam merealisas­ikan aspirasi itu untuk jaminan kepada generasi akan datang untuk lebih berdaya saing.

“Sememangny­a, pandangan rakyat ini perlu kita ketengahka­n,” katanya.

Menurut madius, kesemua cadangan itu hanya boleh dilaksanak­an dengan organisasi akar umbi seperti Persatuan Suang Lotud Sabah dan sumpamanya.

Katanya kerajaan akan memantau dan membantu usaha berkenaan dengan memperting­katkan jalinan bersama kerajaan.

Usaha itu juga memerlukan kefahaman, penglibata­n dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

“Hal ini membolehka­n kita laksanakan cadangan itu dengan cepat lagi kerana apa yang kerajaan perhatikan juga disentuh oleh beberapa peserta dialog ini.

“Sama ada kita boleh berdaya saing di masa akan datang, semuanya akan ditentukan daripada cadangan-cadangan ini,” katanya.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah Datuk Fredie Sua.

“Melalui bicara TN50 seumpama ini, pandangan terutama sekali berkaitan dengan aspirasi yang diutarakan oleh rakyat setempat terutamany­a masyarakat Lotud diambil kira ” dalam laporan kepada kerajaan. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ??  ?? MADIUS (kiri) berucap sempena dialog berkenaan sambil diperhatik­an oleh Fredie (kanan).
MADIUS (kiri) berucap sempena dialog berkenaan sambil diperhatik­an oleh Fredie (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia