Utusan Borneo (Sabah)

Tiga suspek sindiket curi komponen kereta diberkas

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas tiga lelaki dipercayai suspek sindiket curi komponen kereta yang aktif sekitar bandaraya sejak Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, ketigatiga suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 33 tahun.

Menurutnya, tangkapan dibuat dalam satu serbuan kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu di sekitar kawasan Manggatal dekat sini.

“Serbuan berkenaan dijalankan berikutan dari satu laporan kes kecurian membabitka­n dua buah tayar simpanan pada dua kenderaan milik sebuah jabatan kerajaan di Kapayan di sini.

“Siasatan awal mendapati, pada 4 Oktober lepas, kira-kira jam 9.30 pagi sekitar Kapayan, pengadu menyedari dua buah tayar simpanan pada dua kenderaan milik jabatan hilang dan disyaki dicuri,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, hasil pendedahan suspek, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini membuat serbuan di sekitar Telipok Ria Tuaran kira-kira jam 10 malam pada Sabtu.

Pihaknya berjaya merampas sebuah Perodua Myvi, 10 buah tayar, lima rim, dan beberapa peralatan untuk mencuri yang disyaki hasil kegiatan jenayah curi untuk siasatan lanjut.

Chandra berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian dua buah tayar simpanan milik kenderaan jabatan.

Selain itu jelasnya, kesemua suspek turut mengaku terlibat dalam beberapa siri jenayah curi komponen kenderaan iaitu tayar simpanan sekitar bandaraya sejak Julai sehingga kini.

“Sasaran utama suspek adalah kenderaan jenis pacuan empat roda seperti Toyota Hilux yang ditinggalk­an di kawasan parkir tanpa pemilik.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah selain dua suspek memiliki rekod jenayah lampau berkait kes narkotik.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan dan tindakan susulan mengikut Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 juga akan dilaksanak­an,” katanya.

Menurutnya, dengan kejayaan tangkapan berkenaan, pihaknya berjaya menyelesai­kan tujuh kes curi tayar kereta sekitar bandaraya.

 ??  ?? ANTARA peralatan yang digunakan suspek untuk mencuri.
ANTARA peralatan yang digunakan suspek untuk mencuri.
 ??  ?? SUSPEK kes curi komponen kereta yang berjaya diberkas polis.
SUSPEK kes curi komponen kereta yang berjaya diberkas polis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia