Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula syarat pengeluara­n lesen operasi pusat hiburan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dirayu mengkaji semula syarat pengeluara­n lesen operasi premis pusat hiburan kerana dikhuatiri disalahgun­a sebagai pusat jual-beli dadah.

Pengerusi Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan (JKPD) Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah percaya wujud kecenderun­gan pusat hiburan disalahgun­a ataupun dieksploit­asi.

“Sudah tiba masanya dikaji semula, sebagai langkahlan­gkah pencegahan dadah daripada terus menular,” katanya selepas mengikuti Ops Bersepadu AADK Tawau, di sini pada Ahad.

Operasi bersepadu itu dijalankan di dua premis hiburan diketuai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau dan turut disertai Imigresen, Kastam

berharap PBT mengkaji semula syarat pengeluara­n lesen operasi premis pusat hiburan.

serta petugas media.

Menyentuh operasi itu, Liew berpuashat­i dengan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan sepanjang Ops Bersepadu AADK itu dijalankan.

“Saya selalu menerima maklumat kononnya operasi yang sering dijalankan penguatkua­sa tidak mengikut SOP ditetapkan, namun dalam operasi ini saya berpuashat­i,” katanya.

Namun, beliau juga mengaku turut terkejut dengan jumlah suspek penagih dadah yang ditahan kerana terlalu besar walaupun operasi itu hanya dijalankan di dua premis sahaja.

Untuk rekod, operasi bersepadu berkenaan dijalankan di Batu 3 Jalan Apas dan Batu 1 Jalan Kuhara antara jam 12.30 tengah malam sehingga 3.30 pagi selama tiga jam.

 ??  ?? LIEW
LIEW
 ??  ?? LIEW akui terkejut apabila mendapat tahu 30 daripada 40 orang yang diperiksa di salah sebuah pusat hiburan terlibat, disyaki positif dadah.
LIEW akui terkejut apabila mendapat tahu 30 daripada 40 orang yang diperiksa di salah sebuah pusat hiburan terlibat, disyaki positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia