Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tawau tahan juragan disyaki seludup migran

-

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang juragan bot jongkong yang disyaki terlibat dengan kes penyeludup­an migran di perairan Pulau Sebatik, di sini pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata juragan berusia 17 tahun terbabit ditahan semasa sepasukan PPM Tawau menjalanka­n tugas rondaan di Sg Serudong Wallace Bay.

“Hasil pemeriksaa­n, kita syak juragan itu membawa seramai empat migran berumur 20 hingga 35 tahun yang tidak memiliki dokumen keterangan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, berhubung kejayaan terbaharu PPM Tawau menahan suspek kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, juragan dan penumpangn­ya dipercayai dalam perjalanan keluar dari perairan daerah ini menuju ke perairan sempadan Malaysia-Indonesia (Nunukan).

“Kita juga mendapati suspek (juragan) tidak memiliki dokumen keterangan diri, malah bot jongkong yang digunakann­ya juga tidak mempunyai nombor pendaftara­n,” katanya.

Berikutan itu, PPM Tawau turut menyita bot jongkong dan enjin sangkut berkapasit­i 40 kuasa kuda yang digunakan suspek dan membawanya ke Pangkalan PPM Tawau.

Mohd Nazri berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu dijalankan mengikut Seksyen 26 J Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran 2017 (ATIPSOM).

“Juragan dan penumpang penumpangn­ya sudah diserahkan kepada IPD Tawau untuk tindakan susulan dan orang ramai diharap sentiasa bekerjasam­a menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ??  ?? JURAGAN dan keempat-empat penumpangn­ya ditahan oleh sepasukan PPM Tawau semasa bertugas di Sg Serudong Wallace Bay.
JURAGAN dan keempat-empat penumpangn­ya ditahan oleh sepasukan PPM Tawau semasa bertugas di Sg Serudong Wallace Bay.
 ??  ?? BOT jongkong yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyeludup­an migran dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
BOT jongkong yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyeludup­an migran dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia