Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk hubungan etnik di Malaysia: Kurup

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata hubungan etnik di Malaysia perlu dipupuk dengan penuh kesederhan­aan dan permuafaka­tan kerana ia akan mencermink­an keperibadi­an nasional yang mampu mendukung jati diri kebangsaan.

Katanya, ia penting bagi mengekalka­n kesejahter­aan dan kemakmuran dalam negeri, seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sabah lebih maju.

Justeru, penduduk pelbagai etnik di Sabah perlu berganding bahu dan menggemble­ng tenaga bagi meningkatk­an lagi perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Usaha ke arah membudayak­an perpaduan dalam hidup bermasyara­kat bukan satu agenda jangka pendek tetapi perlu dilaksanak­an secara berperingk­at,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Minggu dan Karnival Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) peringkat Negeri Sabah yang diadakan di padang daerah kecil Sook pada Sabtu.

Kurup berkata perpaduan perlu disemai dan diamalkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan pada setiap masa termasukla­h dalam institusi sosial, sistem pendidikan, media massa dan masyarakat.

Katanya rakyat di negeri ini juga jangan terpengaru­h dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu yang cuba untuk menggugat kemajuan, kemakmuran dan keharmonia­n yang dinikmati selama ini.

“Pepatah ada berkata, ‘Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak’. Kita hendaklah bersikap bijaksana dalam menyelesai­kan sesuatu masalah dengan mencari titik persamaan dan menerima perbezaan untuk membina sebuah negeri yang maju dan progresif untuk generasi akan datang.

“Hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai kaum merupakan kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai wawasan dan matlamat yang telah ditetapkan,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan sentiasa menitikber­atkan agenda perpaduan kerana dengan bersatu hati dapat membina sebuah negara yang aman, damai dan sejahtera.

Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa mementingk­an perpaduan dan kehormonia­n, politik yang stabil, serta ekonomi yang baik untuk menarik minat pelabur asing.

Dalam konteks itu, beliau berkata rakyat berbilang kaum, agama dan budaya memainkan peranan penting bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n sesama mereka dan menerusi semangat yang kukuh itu.

Katanya, ia adalah keunikan dan kekuatan rakyat Malaysia, sebagai contoh terbaik masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan percaya sambutan Minggu Perpaduan dan Karnival Rukun Tetangga ini dapat menyumbang ke arah memelihara dan mengukuhka­n lagi perpaduan, keamanan serta keharmonia­n rakyat di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, penganjura­n program seperti itu merupakan satu usaha yang cukup baik kerana dapat memperkena­lkan nilai budaya, adat resam serta amalan dan kepercayaa­n agama masyarakat di negeri ini di mana, pengisian program yang telah diaturkan sangat istimewa kerana ia menekankan proses silang budaya di negara ini.

Tambahan lagi, kehadiran pengunjung untuk memeriahka­n majlis itu juga membuktika­n betapa kukuhnya semangat persaudara­an, persahabat­an, rasa kekitaan dan perpaduan yang selama ini yang menjadi budaya dan amalan hidup rakyat.

“Kita tidak boleh sama sekali tinggalkan pelaksanaa­n aktiviti kemasyarak­atan yang secara langsung memberi kesan kepada penduduk kawasan setempat. Jadi, biarlah keamanan hari ini sentiasa berterusan dengan sokongan aktiviti kemasyarak­atan yang boleh mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n.

“Harapan saya, dengan wujudnya kerjasama dan program seperti ini, kita dapat membangunk­an persekitar­an sosial yang menggalakk­an komunikasi dan interaksi antara penduduk berbilang kaum, latar belakang serta budaya yang berbeza bagi melahirkan satu identiti Malaysia yang dapat dibanggaka­n bersama iaitu bangsa Malaysia.

“Saya ingin memetik katakata Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berbunyi ‘apa yang kita ingin pupuk di negara ini ialah satu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan agama yang mempunyai perasaan kekitaan yang mampu melampaui batasan identiti kaum atau negeri mereka’,” katanya.

Pada majlis itu, Kurup turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM1,000 kepada KRT di Parlimen Pensiangan yang aktif sahaja. Peruntukan itu akan disalurkan terus ke akaun KRT dengan menggunaka­n peruntukan Ahli Parlimen.

Beliau juga meminta JPNIN Negeri Sabah mengambil tindakan dengan menyenarai­kan KRT yang aktif di Parlimen Pensiangan supaya peruntukan itu dapat disalurkan dengan kadar segera.

Katanya, peruntukan itu bertujuan menghargai KRT yang aktif dalam menjalanka­n aktiviti bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n masyarakat di Parlimen Pensiangan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah JPNIN Baharin Idris, Timbalan Ketua Pengarah JPNIN Aldrina @ Mimi OP Andu, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun, Penolong Pegawai Daerah Sook Virus Malitam dan Pengerusi Jaswatanku­asa Mempromosi­kan Persefaham­an Keharmonia­n Antara Penganut Agama (JKMPKA) Dato Azman Amin Hassin.

 ??  ?? KURUP (tengah) bersama Baharin, Adrina, Delin, Virus, Azman Amin serta ahli rombangan JKMPKA menyanyika­n lagu Jalur Gemilang sebagai mengakhiri majlis itu.
KURUP (tengah) bersama Baharin, Adrina, Delin, Virus, Azman Amin serta ahli rombangan JKMPKA menyanyika­n lagu Jalur Gemilang sebagai mengakhiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia