Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan SPRM wajar berhubung siasatan salah guna dana kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat beberapa siri tangkapan dan siasatan lanjut berhubung penyalahgu­naan dana kerajaan membabitka­n Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah wajar.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, ia adalah satu perkembang­an yang ditunggu-tunggu.

Katanya, ia juga satu tindakan yang wajar dialualuka­n selepas pelbagai cerita didengar sejak 2010 berhubung salah guna kuasa di KKLW.

Menurutnya, desas-desus mengenai penyalahgu­naan kuasa terbabit turut melibatkan projek-projek seliaan KKLW yang tertangguh, tidak siap dan ada juga yang dilaporkan ‘siap’ tetapi tidak boleh digunakan.

“Isu utama dan paling penting adalah siasatan ini melibatkan dana awam yang cukup besar. Ia satu kezaliman dan pengkhiana­tan kepada rakyat khususnya di luar bandar.

“Namun, amat malang sekali apabila ada segelintir pihak yang memilih untuk membawa pelbagai teori konspirasi sebagai reaksi kepada beberapa siri tangkapan dan siasatan berkenaan.

“Tangkapan untuk siasatan lanjut ini juga dipesongka­n dari isu sebenar dengan kenyataan-kenyataan berkaitan teori ‘witch hunt’ mahupun ‘occupation­al hazards’,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sering kali kerajaan Persekutua­n disalahkan dengan dakwaan Sabah dianaktiri­kan.

A r mi za n berkata, ribuan juta peruntukan disalurkan untuk rakyat Sabah oleh kerajaan Persekutua­n menerusi salah satu daripada fokus utama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bermula 2010 iaitu agenda Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) Pembanguna­n Luar Bandar.

Namun jelasnya, amat malang sekali dana yang disalurkan melalui KKLW itu tidak dijaga dengan penuh amanah dan tanggungja­wab.

“Lebih menyedihka­n penyelewen­gan itu didakwa melibatkan individu-individu anak-anak Sabah sendiri dan jumlah penyelewan­gan yang disiasat amat besar mencecah bilion ringgit.

“Bayangkan berapa ramai rakyat luar bandar di Sabah yang dizalimi dan dinafikan hak akibat penyelewen­gan ini.

“Peruntukan besar NKRA Luar Bandar yang diberikan oleh kerajaan sepatutnya boleh menyelesai­kan isu bekalan air, elektrik dan jalan raya kampung untuk ratusan ribu masyarakat luar bandar di Sabah dalam tempoh 2010 hingga 2015,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Sabah sewajarnya memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM meneruskan siasatan.

Pada masa sama jelasnya, jangan sesekali lupa isu berkenaan melibatkan kepentinga­n ratusan ribu rakyat luar bandar di negeri ini.

Dalam pada itu, pihaknya mahu KKLW menjawab dan menerangka­n kepada rakyat Sabah apa tindakan yang sedang diambil untuk mengekang kes-kes penyelewen­gan peruntukan luar bandar ini daripada berulang.

“Tindakan drastik perlu dilaksanak­an untuk memperbetu­lkan persepsi laporan NKRA Luar Bandar KKLW hanya laporan cantik atas kertas, tetapi nilai dan maknanya kepada rakyat terus menjadi persoalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia