Utusan Borneo (Sabah)

DBKK sasar 1,000 beg eco

Disiapkan sebelum sambutan Hari Alam Sekitar 2017

- Oleh SADDAM EDRIS yang terlibat dalam aktiviti menjahit di perkaranga­n bangunan DBKK.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyasarka­n untuk menyiapkan 1,000 beg eco sebelum sambutan Hari Alam Sekitar pada 21 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK Noorliza Awang Alip berkata, sehingga Ahad, pihaknya berjaya menyiapkan lebih 400 beg pada Program Menjahit Beg Eco yang bermula sejak 17 September lepas.

“Setiap minggu, kita anggarkan seramai 50 hingga 100 sukarelawa­n menyertai aktiviti menjahit beg eco yang mana, kita menggunaka­n bahan kitar semula iaitu kain rentang iklan terpakai.

“Program ini kita jalankan di sekitar perkaranga­n bangunan DBKK dan beberapa lokasi lain seperti di Inanam dan Tanjung Aru di samping bekerjasam­a dengan pelbagai agensi seperti Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa),” katanya ketika ditemui pada Program Menjahit Beg Eco 2017, di sini pada Ahad.

Beliau berkata penganjura­n program itu adalah susulan daripada inisiatif DBKK dalam usaha mengurangk­an penggunaan beg plastik dalam kalangan masyarakat di bandaraya ini.

Selain itu, kata Noorliza, ia juga bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan kebersihan alam sekitar daripada sampah sarap melalui penguranga­n penggunaan plastik dalam kegiatan

NOORLIZA AWANG ALIP

Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK

“Setiap minggu, kita anggarkan seramai 50 hingga 100 sukarelawa­n menyertai aktiviti menjahit beg eco yang mana, kita menggunaka­n bahan kitar semula iaitu kain ” rentang iklan terpakai.

kehidupan seharian.

“Itulah sebabnya kita memotong dan menjahit beg ini mengikut saiz beg belibelah bagi kesesuaian orang ramai menggunaka­nnya ketika berada di pasar mahupun pusat beli-belah.

“Sesi perbincang­an bersama pemilik pasaraya dan pusat beli-belah juga akan kita adakan untuk menerangka­n tentang program ini selain mengagihka­n beg eco kepada mereka,” katanya.

Justeru katanya, program sedemikian akan terus dilaksanak­an memandangk­an penyertaan yang diterima amat memberangs­angkan dengan cadangan mencari idea baharu mempelbaga­ikan bahan jahitan seperti kain terpakai dan sebagainya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N
SUKARELAWA­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia