Utusan Borneo (Sabah)

Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin bantu golongan asnaf

-

KUDAT: Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin berkhidmat menabur bakti membantu mereka yang kurang berkemampu­an seperti warga emas, ibu tunggal dan OKU yang termasuk dalam golongan asnaf. Pengerusi Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Sabah Dato’ Sri Marajoh Haji Unding berkata, pertubuhan itu berada di seluruh daerah di negeri ini.

“Pertubuhan ini tidak memohon sumbangan dana daripada mana-mana agensi kerajaan atau parti politik sebaliknya, kami bergerak ke seluruh daerah di negeri ini mengikut kemampuan

RAMLAH menyampaik­an sumbangan kepada ibu-ibu tunggal.

melalui pendapatan yang diperolehi oleh Marmaz Group Holding Sdn Bhd, yang banyak membantu rakyat di negara ini,” katanya.

Jelasnya, Marmaz Group Holding menyalurka­n peruntukan 10 peratus daripada keuntungan selepas niaga kepada Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Malaysia, yang kemudian diagihkan kepada Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Sabah.

Beliau berkata meskipun sumbangan itu tidak seberapa namun ia amat besar maknanya kepada mereka yang serba kekurangan dalam kehidupan harian.

“Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini memohon kepada pertubuhan NGO lain atau para tokoh korporat dan orang perseorang­an yang berkemampu­an agar turut menghulurk­an sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Di majlis itu, Marajoh menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian kepada 240 golongan asnaf yang tersenarai bagi daerah Kudat yang diadakan di Pentas Utama Dataran Tomborungu­s, di sini.

Hadir sama, isteri Marajoh, Datin Sri Madzanah Haji Md Shauddin; Pengerusi Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Sabah Daerah Kudat dan Pitas merangkap Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Negeri Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Sabah Ramlah Nasir; dan Ketua Penerangan Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Daerah Kudat dan Pitas Nasir Haji Jacob.

 ??  ?? MARAJOH dan isteri mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan.
MARAJOH dan isteri mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan.
 ??  ?? MARAJOH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian kepada salah seorang ibu tunggal.
MARAJOH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian kepada salah seorang ibu tunggal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia