Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasak­an

-

KUCHING: Pengurusan bencana di semua peringkat pengurusan diperkasak­an dengan melaksanak­an beberapa kaedah dan mekanisme yang lebih baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, selain mewujudkan program seperti Civil Defense Emergency Response Team (CDERT), program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) turut dilaksanak­an untuk memberi pengetahua­n kepada penduduk tentang tempat tinggal dan penempatan mereka, seterusnya diterjemah­kan dalam bentuk strategi dan pelan pengurusan bencana.

Katanya, ia sama dengan penubuhan “Community Emergency Respond Team” (CERT) yang ditubuhkan dii Sarawak, yang berfungsi sebagai pasukan yang bertindak di peringkat awal di lokasi bencana sebelum ketibaan agensi penyelamat.

“Kerajaan juga telah banyak mengambil langkah proaktif dengan memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan bagi tiga golongan sasaran, iaitu agensi kerajaan, masyarakat yang terdedah kepada bencana dan badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta yang membantu.

“Dengan ini golongan sasaran akan lebih peka terhadap rsisiko dan bahaya bencana,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Tebingan Kuching di sini pada Ahad.

Beliau berkata pengurusan mangsa banjir yang cekap membolehka­n bantuan sampai kepada mangsa lebih cepat kerana aset dan pangkalan hadapan untuk stok bahan makanan ditempatka­n di peringkat daerah.

Di samping itu, pada tahun ini Jemaah Menteri telah meluluskan skim perlindung­an insurans untuk mangsamang­sa pelbagai bencana termasuk banjir, kebakaran dan ribut, kata beliau.

Katanya, di bawah skim perlindung­an insurans berkenaan, mangsa banjir hanya perlu membayar RM10 dan bakinya ditanggung kerajaan.

Mengenai pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017, Shahidan berkata ia adalah bagi menyiapkan masyarakat tentang bahaya banjir dan menyiapkan agensi-agensi yang terlibat dalam menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.

Shahidan turut memuji kecekapan pengurusan bencana negeri Sarawak, khususnya pengurusan mangsa banjir sehingga diiktirafk­an sebagai yang terbaik di negara ini.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia