Utusan Borneo (Sabah)

Nilai status fizikal semua bangunan

Berikutan kebakaran asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h

-

BAGAN DATUK: Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Persatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia (RBS) diarah menilai kembali status fizikal semasa semua bangunan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut penting berikutan kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur bulan lalu.

Katanya kerajaan telah menubuhkan Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah yang dipengerus­ikan beliau sendiri dan beberapa perkara telah diambil pertimbang­an.

“Kita sudah bermesyuar­at dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin termasuk memastikan piawaian setiap premis tahfiz, pondok pengajian serta penghuni

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

termasuk anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua dipatuhi.

Saya mahu badan-badan profesiona­l seperti RBS dan RISM mengambil inisiatif menilai kembali status fizikal setiap bangunan bagi mengelakka­n kebakaran berlaku, “katanya ketika berucap pada majlis penyerahan rumah baharu mangsa kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang di sini pada Ahad.

Penyerahan kunci melibatkan 11 rumah terdiri daripada sembilan keluarga berketurun­an India merupakan inisiatif Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Anggota Parlimen Bagan Datuk.

Pembinaan semua unit rumah di atas plot tanah asal dengan keluasan 2.45 hektar itu menelan kos RM527,600 mula dibina hujung Mac lalu dan siap sepenuhnya enam bulan kemudian.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pemantauan dan penilaian keselamata­n perlu diadakan secara berterusan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini terutama mengorbank­an nyawa.

Mengenai majlis penyerahan rumah itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata ia jelas membuktika­n komitmen kerajaan bagi meningkatk­an lagi taraf kehidupan rakyat.

Sementara itu, sambutan Deepavali kali ini amat bermakna bagi keluarga P. Ragu, 36, seorang buruh ladang kerana dapat menyambutn­ya di rumah baharu.

“Saya berasa sangat gembira apatah lagi tak lama lagi akan sambut Deepavali. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Zahid kerana tolong kami dapatkan rumah semula,” katanya.

Kebakaran kira-kira pukul 11 pagi, 17 Nov tahun lalu memusnahka­n 10 daripada 12 rumah, menyebabka­n mangsa tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa

“Kita sudah bermesyuar­at dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin termasuk memastikan piawaian setiap premis tahfiz, pondok pengajian serta penghuni termasuk anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang ” tua dipatuhi.

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) menyerahka­n kunci rumah baharu kepada mangsa kebakaran A. Muhamad Ghani (dua, kiri) di Kampung Kamatchy Batu 9, Hutan Melintang pada Ahad.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) menyerahka­n kunci rumah baharu kepada mangsa kebakaran A. Muhamad Ghani (dua, kiri) di Kampung Kamatchy Batu 9, Hutan Melintang pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia