Utusan Borneo (Sabah)

Noh akui tiada cita-cita jadi MB Selangor

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau tidak bercitacit­a untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, segala usaha yang dilakukann­ya dan BN dalam membantu rakyat Selangor selama ini adalah kerana keikhlasan dalam melaksanak­an tanggungja­wab kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata seorang ahli politik atau pemimpin perlu mempunyai jiwa besar dalam memberi khidmat dan bukannya ghairah mengejar jawatan.

“Seorang pemimpin tidak seharusnya mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan, ini boleh membuatkan mereka kecewa dan bila tidak terpilih boleh menyebabka­n perpecahan parti.

“Jawatan terpulang pada pucuk pimpinan, keutamaan kita kini adalah untuk memenangi Selangor terlebih dahulu. Sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n kempen keselamata­n kebakaran bersama penduduk Flat Taman Seri Aman, Petaling Jaya, dekat sini, pada Ahad.

Selangor diperintah kerajaan pakatan pembangkan­g yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008.

Pada majlis itu, Noh, yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengumumka­n peruntukan RM300,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf sistem pencegahan kebakaran di flat tersebut.

Beliau turut mengesa Jawatankua­sa dan Persatuan Penduduk perumahan strata untuk menubuhkan komuniti bomba

 ??  ?? MENTERI Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar (tengah) pada sidang media sempena Kempen Keselamata­n Kebakaran bersama Bomba di Pangsapuri Taman Seri Aman pada Ahad.
MENTERI Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar (tengah) pada sidang media sempena Kempen Keselamata­n Kebakaran bersama Bomba di Pangsapuri Taman Seri Aman pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia