Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Hasrat DAP tidak gugat usaha BN rampas Kelantan

-

MACHANG:Hasrat DAP untuk turut bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan memberi impak kepada usaha Barisan Nasional (BN) menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan Pas di negeri tersebut.

Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata parti pembangkan­g itu berhak untuk bertanding di manamana sahaja tanpa halangan termasuk di Kelantan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu kerana ia dibenarkan oleh sistem demokrasi berparlime­n.

“Dalam konteks negeri Kelantan kita tetap melakukan usaha untuk meraih keyakinan rakyat pelbagai kaum agar memberi sokongan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis wacana kelestaria­n keselamata­n dan keharmonia­n negara di Pusat Transforma­si Ilmu Bukit Tiu, di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahka­n DAP memohon untuk bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada PRU14.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mahu warga pendidik terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada bagi menjamin kemakmuran dan keharmonia­n negara terus terpelihar­a.

Beliau berkata mereka perlu sensitif dengan keadaan semasa dan memainkan peranan menjelaska­n isu-isu yang timbul untuk menangkis fitnah terhadap kerajaan.

“Sejak akhir-akhir ini sudah ada usaha-usaha untuk menjatuhka­n pemimpin kerajaan di luar kotak demokrasi dan mensabotaj ekonomi negara serta cuba melakukan kekerasan untuk menakutkan pelabur dan mencemarka­n imej negara di mata dunia,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia