Utusan Borneo (Sabah)

Jamal dan tujuh pekerja dibebaskan dengan jaminan polis

-

SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan tujuh pekerjanya yang direman sejak Jumaat lepas dibebaskan pada 7 petang Sabtu.

Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Jamal bersama pemandu dan pengawal peribadiny­a serta lima yang lain ditahan polis di Sekinchan, Sabak Bernam, dekat sini susulan tindakan memecahkan botol arak di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, pada Khamis lepas.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpuna­n haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kemudarata­n awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpuna­n.

Dalam insiden di depan pintu masuk utama bangunan SUK itu, Jamal dan pengikutny­a bertindak memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras sebagai simbolik bantahan terhadap sebarang penganjura­n pesta arak di Selangor.

Mereka bertindak sedemikian ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilapor berkata penganjura­n pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsun­g di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan sekiranya menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandara­n Klang.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia