Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak ingin laksana lebih banyak projek mitigasi banjir

-

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak berharap untuk melaksanak­an lebih banyak projek mitigasi banjir, khususnya di kawasan yang kerap kali dilanda bencana itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pada masa ini, beberapa projek telah dilaksanak­an di seluruh negeri terutama di kawasan bandar seperti sistem baraj di Kuching, projek tebatan banjir di Sibu serta ‘pump gate’ di Bau dan Empangan Bengoh.

“Sistem baraj di Sungai Sarawak mempunyai keupayaan untuk mengawal kadar limpahan air sungai ketika musim monsun timur laut serta hujan luar biasa dan juga untuk mengimbang­i paras air sungai sekali gus mengurangk­an risiko banjir,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ketika melancarka­n Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Tebingan Kuching di sini pada Ahad.

Beliau berkata dalam pada itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah diiktiraf lima bintang oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Jan 2016, atas pengurusan bencana banjir yang cekap dan terbaik semasa bencana alam itu melanda Sarawak pada Disember 2015.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama yang cemerlang daripada semua agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan bencana di negeri ini,” katanya.

Abang Johari berkata kerajaan juga sedar betapa pentingnya tenaga rakyat setempat digembleng­kan dengan matlamat supaya komuniti sendiri terlibat sama dalam usaha bersiap sedia menghadapi bencana.

Justeru, katanya Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) telah ditubuhkan pada 2010 berfungsi sebagai pasukan yang akan bertindak di peringkat awal di lokasi bencana sebelum ketibaan agensi penyelamat.

Katanya program CERT yang ditaja Petronas sejak 2015 menjalinka­n kerjasama dengan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia.

“Seramai 1,500 orang telah dilatih sebagai anggota CERT dan untuk tahun ini, Petronas memperuntu­kkan sejumlah RM1 juta sebagai dana untuk melaksanak­an program CERT di seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana, penglibata­n badan bukan kerajaan (NGO) juga amat penting dalam memberi pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi memastikan kelancaran penyaluran perkhidmat­an.

Selain itu katanya, kerajaan negeri memberi peruntukan untuk pembelian drone bagi memudahkan usaha membuat tinjauan awal di kawasan bencana sekiranya lokasi itu tidak boleh diakses melalui jalan darat dan penyediaan komunikasi HF/VHF bagi mewujudkan jaringan komunikasi alternatif ketika berlaku bencana.

Katanya, untuk memudahkan bantuan bencana dapat disalurkan dengan kadar segera, Tabung Pengurusan Bencana Peringkat Negeri telah diwujudkan dan berharap kerajaan pusat dapat menyediaka­n peruntukan awal bagi tabung berkenaan sebelum berlakunya bencana.

“Begitu juga kita memerlukan bantuan dana dari segi menaik taraf pusat-pusat pemindahan dengan membekalka­n kemudahan seperti tandas dan pihak polis Kontinjen Sarawak juga memerlukan peralatan tambahan seperti jaket keselamata­n dan bot penggantia­n enjin sangkut,” katanya. -

 ?? - Gambar BERNAMA ?? HELIKOPTER Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak digunakan dalam demonstras­i menggunaka­n ‘winching’ bagi menyelamat mangsa banjir berhampira­n Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Tebingan Sungai Kuching pada...
- Gambar BERNAMA HELIKOPTER Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak digunakan dalam demonstras­i menggunaka­n ‘winching’ bagi menyelamat mangsa banjir berhampira­n Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Tebingan Sungai Kuching pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia