Utusan Borneo (Sabah)

Zahid bawa laporan kelemahan kawalan sempadan Selasa depan

-

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa laporan wawancara sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad mengenai kelemahan kawalan keselamata­n di kawasan sempadan negara kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Selasa depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata hasil wawancara bersama Pengerusi Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam itu perlu diberi kepedulian dengan lebih serius supaya masalah berkenaan tidak berlanjuta­n.

“Terdapat kawasan sempadan di negara ini yang memerlukan (peralatan canggih) seperti dron, penggunaan radar dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi sempadan daripada diceroboh.

Saya ingin memberikan respons yang positif terhadap wawancara itu kerana bagi saya, perkara itu telah saya bangkitkan beberapa kali dalam msyuarat terutamany­a apabila isu keselamata­n di sempadan dibangkitk­an,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan Deepavali 2017 kepada lebih 800 penerima bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ketika ini hanya 35 peratus kawasan sempadan mempunyai tembok dan pagar berduri.

“Saya bersetuju dengan pengerusi suruhanjay­a berkenaan bahawa penyeludup-penyeludup tidak hanya melalui ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n) tetapi tentunya melalui pagar-pagar berduri yang tidak diselengga­ra dengan baik yang menyebabka­n mereka senang masuk ke sempadan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincang­an dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein kerana kawasan sempadan negara seperti di Kelantan terletak di bawah tanggungja­wab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain ia turut dikawal oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sehubungan itu, beliau berkata penyelaras­an perlu dilakukan bukan hanya secara berkala, tetapi kerjasama secara pengendali­an setiap masa seperti yang dilaksanak­an di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah.

“Jadi, adalah tidak mustahil kalau saya dapat bersama-sama me n g koordinasi kan dengan Menteri Besar Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis kerana masalah sempadan ini dikongsi bersama kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri melalui agensi persekutua­n yang dikoordina­sikan oleh saya sendiri,” katanya. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia