Utusan Borneo (Sabah)

Ewon nafi terlibat buat keputusan perubahan lokasi jalan Bongkud-Mansalu

- (duduk) meneliti laporan permasalah­an penduduk Kampung Kiwakau. raya dari Bongkud ke Mansalu dalam proses pembinaan.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa perubahan pembinaan jalan raya dari Kg Bongkud ke Kg Mansalu yang sepatutnya dijadualka­n dari Kg Tarawas ke Kg Mansalu adalah keputusan beliau.

Beliau menegaskan keputusan mengalihka­n tapak pembinaan jalan raya berkenaan tidak ada kena mengena dengannya kerana projek itu adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Memang pada mulanya, ketika menjadi menteri Pembanguna­n Luar Bandar sekitar tahun 2008-2013, sayalah yang telah mencadangk­an Kg Mansalu sebagai lokasi pelaksanaa­n Mini Estet Sejahtera (Mesej) dengan harapan agar kerajaan akan membuat prasarana di kampung itu termasuk membina jalan raya.

“Bagaimanap­un, cadangan pembinaan jalan raya yang saya maksudkan adalah

EWON

bermula daripada Kg Tarawas yang akan melalui banyak perkampung­an bagi membantu penduduk sepanjang kampung itu memperoleh­i pelbagai manfaat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balairaya Kg Kiwakau dan majlis yang sama di dewan mini Kg Kaingaran.

Setelah Mesej dilaksanak­an jelas Ewon, kerajaan telah menepati janjinya untuk membina jalan raya sejauh 45 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM242 juta bermula pada tahun ini, tetapi lokasi pembinaann­ya telah diubah dengan memulainya dari Kg Bongkud.

Beliau berkata keputusan perubahan itu sudah tidak ada kaitan dengan dirinya dan memohon kepeda mereka yang sengaja membuat tuduhan tidak berasas itu supaya bersikap jujur dan tidak membuat kenyataan mengeliruk­an rakyat demi kepentinga­n sendiri.

Dalam ucapannya di keduadua majlis itu, beliau berjanji akan mengemukak­an semua permasalah­an rakyat kawasan itu terutamnya untuk melaksana dan menyempurn­akan sehingga siap pembekalan letrik, air bersih dan jalan raya yang sedang giat dilakukan di situ sekarang.

“Bermula pada 23 Oktober ini, apabila Parlimen mula bersidang, intipati ucapan yang akan saya kemukakan nanti adalah mengenai permasalah­an rakyat, khususnya pembinaan rangkaian jalan raya bagi memudahkan rakyat memungut dan memasarkan hasil pertanian.

“Kita tahu, rakyat khususnya penduduk luar bandar dan terpencil masih banyak keperluan sama ada secara perseorang­an atau dalam kemasyarak­atan. Oleh itu, kita kenalah terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan bagi merealisas­ikan keperluan itu,” tambahnya.

Ewon turut meminta rakyat agar tidak risau dengan pelbagai isu yang ditimbulka­n pihak pembangkan­g kerana kebanyakan itu diputarbel­itkan.

“Kita akan kupas isu itu satu persatu nanti apabila tiba masa kempen pilihan raya nanti,” katanya.

Turut serta dalam lawatan Ewon yang terpaksa menggunaka­n helikopter itu kerana jarak terlalu jauh ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Penolongny­a Susin Amid.

 ??  ?? JALAN
JALAN
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pemimpin Kampung Kaingaran bergambar kenangan bersama Ewon (duduk, lima kiri).
BARISAN pemimpin Kampung Kaingaran bergambar kenangan bersama Ewon (duduk, lima kiri).
 ??  ?? PENDUDUK Kg Kiwakau mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Ewon (tengah).
PENDUDUK Kg Kiwakau mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Ewon (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia