Utusan Borneo (Sabah)

Berjuang demi Sarawak

Abang Johari berikrar terus berusaha bangun negeri dengan kerjasama kerajaan persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: “Saya akan berjuang dan melindungi Sarawak demi masa depan negeri kita,” demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bercakap pada sesi Santai Bersama Abang Jo sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Sabtu, Abang Johari berkata beliau akan terus berusaha membangunk­an Sarawak.

“Orang Sarawak ada prinsip, kita nak bangunkan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutua­n.

“Semua ini adalah demi masa depan Sarawak, demi masa depan generasi akan datang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan masyarakat Sarawak bukan mudah untuk dipermaink­an.

“Kita (orang Sarawak) bukan ‘paloi’ (bodoh), kita tahu apa kita hendak buat dengan pembanguna­n negeri kita.

“Mungkin ada yang cuba masuk campur urusan kita, tetapi kita ada prinsip,” katanya.

Apa yang penting, tambahnya, Sarawak akan terus membangun menerusi perancanga­n yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Ini termasuk pembanguna­n infrastruk­tur fizikal dan modal insan berdaya saing serta mempunyai mentaliti global.

“Anak Sarawak mesti mempunyai pemikiran global supaya terus berjaya bukan sahaja di peringkat tempatan, malah mampu mencipta nama di persada antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Abang Johari berkata beliau menyerahka­n keputusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

Menurut Ketua Menteri, beliau ada menerima senarai calon BN di peringkat negeri, namun enggan mendedahka­n senarai nama calon yang telah diterima.

“Saya (Pengerusi BN Sarawak) ada menerima senarai calon di peringkat negeri.

“Cuma perkara ini saya serahkan kepada Pengerusi BN pusat (Najib) untuk membuat keputusan,” katanya.

“Orang Sarawak ada prinsip, kita nak bangunkan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutua­n. Semua ini adalah demi masa depan Sarawak, demi masa depan generasi akan datang, ”

 ??  ?? ABANG JOHARI (tengah) dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang bersama pemimpin negeri dan peserta Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 melaungkan ‘ohha!’ selepas sesi Santai Bersama Abang Jo di Dewan Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur.
ABANG JOHARI (tengah) dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang bersama pemimpin negeri dan peserta Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 melaungkan ‘ohha!’ selepas sesi Santai Bersama Abang Jo di Dewan Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia