Utusan Borneo (Sabah)

PIBG harus bersama guru tingkat prestasi pelajar

-

BETONG: Ibu bapa, warga pendidik, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Jabatan Pendidikan Daerah bahagian Betong digesa bekerjasam­a bagi meningkat prestasi pencapaian keputusan ujian awam anak masing-masing.

Perkara itu ditegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ekoran penurunan prestasi pencapaian keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kawasan tersebut pada 2016 berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu mendedahka­n pada tahun lalu hanya seorang calon UPSR mendapat 6A berbanding 36 calon pada 2015.

“Ibu bapa, warga sekolah, PIBG dan Jabatan Pendidikan di sini perlu bekerjasam­a mengatur program boleh membantu meningkatk­an prestasi pencapaian ujian anak kita di sini.

“Kita di pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu anda semua dari segi bantuan dan peruntukan diperlukan untuk menganjurk­an program yang bermanfaat untuk anak kita di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) ST John, Betong.

Malah, Uggah memberitah­u beliau bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Robert La w s o n C h u a t ada menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada calon UPSR yang meraih keputusan 6A dalam peperiksaa­n awam itu setiap tahun.

Pada masa sama beliau meminta ibu bapa tidak mengabaika­n tanggungja­wab untuk memberi didikan sekolah kepada anak mereka.

“Saya lihat sebentar tadi, remaja berusia 16 tahun sudah menjadi ibu. Apa kita harap adalah untuk memastikan anak kita ini mendapat pendidikan setinggi yang mungkin demi masa depan dan kesenangan mereka,” tegasnya.

Sementara itu, selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris (BI) terutamany­a di sekolah, Uggah berkata, SK ST John, Betong diambil sebagai sekolah angkat bagi melaksanak­an Program BI.

“Untuk ini, saya menyumbang­kan RM10,000 untuk sekolah membeli buku bacaan BI selain RM7,000 untuk membeli buku kerja dalam kita bersama-sama meningkatk­an prestasi anakanak kita,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u sebanyak RM30,000 turut diperuntuk untuk PIBG SK ST John, Betong bagi melaksanak­an program bermanfaat untuk anak di sekolah tersebut.

“Saya juga menyambut baik hasrat warga guru dan PIBG untuk melaksanak­an Program Bertutur BI di rumah panjang di kawasan tersebut bagi meningkatk­an lagi penguasaan bahasa asing itu dalam kalangan komuniti setempat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia