Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat harus turun padang bantu bangun kawasan

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengingatk­an setiap pemimpin masyarakat di sini supaya terus melaksanak­an tanggungja­wab untuk membangun dan memajukan kampung, taman perumahan serta rumah panjang masing-masing.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat yang memegang peranan sebagai temenggung, penghulu, tuai rumah, ketua kampung, kaunselor dan sebagainya perlu kerap kali turun padang bersama-sama pemimpin negeri, di samping selalu mengadakan perbincang­an dengan masyarakat dalam kawasan masing-masing.

“Melalui perbincang­an yang diadakan, ia memudahkan segala proses perancanga­n pembanguna­n yang akan dibangunka­n di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Siti Amid, Jumbit Melugu Scheme, Sri Aman bertempat di Dewan Suarah di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui perbincang­an bersama pemimpin di setiap kampung, taman perumahan dan rumah panjang, semua maklumat berkenaan dengan pembanguna­n dan masalah timbul di setiap rumah panjang akan dapat diperolehi.

“Kita tidak mahu, perancanga­n murni kerajaan dalam sesebuah kawasan tergendala atau ditarik balik kononnya tidak mendapat restu daripada penduduk di kawasan berkenaan atau rakyat sehingga boleh merugikan masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n dan berharap agar semua pemimpin tempatan dapat memastikan rakyat terus menyokong kerajaan serta pemimpin sediaada supaya semua projek pembanguna­n yang dirancang dan akan dilaksanak­an berjalan dengan lancar dan teratur.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sarawak, DUN Bukit Begunan, Jesi Bintoh serta ketua ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? MONG (tujuh kiri), Siti (dua kanan), Jesi (empat kiri) serta yang lain bersama sama memotong kek bersempena dengan majlis berkenaan.
MONG (tujuh kiri), Siti (dua kanan), Jesi (empat kiri) serta yang lain bersama sama memotong kek bersempena dengan majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia