Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sokong usaha perbanyak program kesejahter­aan kanak-kanak

-

BAU: Kerajaan negeri mengalu-alukan penglibata­n korporat atau mana-mana pihak untuk mengadakan lebih banyak program dan aktiviti bersama dalam usaha bagi meningkat kesejahter­aan kanak-kanak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata sumbangan dan bantuan itu tidak terhad dalam bentuk kewangan atau material semara-mata.

“Ia juga boleh dilakukan dengan kita sebagai seorang dewasa meluangkan sedikit masa, tenaga serta memberi sokongan mental dan rohani kerana ia berupaya menjana kepada perubahan dan memberi seribu pengertian kepada kanak-kanak ini.

“Saya menyeru kepada agar kita semua dapat memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak kita. Berilah belaian kasih sayang, pendidikan dan perhatian sewajarnya kepada mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sukan Tahunan Ke-25 Sekolah Kebangsaan (SK) St. David, Bumbok.

Tambahnya lagi, kanak-kanak tersebut merupakan modal insan penting kepada negara, justeru mereka sememangny­a memerlukan rangsangan berkesan dalam memupuk jati diri untuk berdaya tahan menerusi penganjura­n pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.

Lo juga merupakan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata aktiviti bersukan merupakan satu bentuk terapi yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai positif, kekuatan diri sama ada dari aspek fizikal, emosi, disiplin, kerja berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam diri seseorang kanakkanak itu.

Oleh sebab itu, beliau amat menyokong usaha setiap sekolah mengadakan sukan tahunan dalam memastikan penglibata­n atau penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti amalan gaya hidup sihat selain mewujudkan persaingan berupaya mencungkil bakat anak ini dalam bidang olahraga juga melahirkan atlet sukan baharu negara.

“Mereka juga wajar diberi pendedahan dan bimbingan supaya melaluinya, faham serta sedar betapa pentingnya mengamalka­n cara hidup sihat dan sentiasa berusaha untuk berubah menjadi terbaik.

“Elemen kesukanan merupakan satu segmen amat penting dalam menjaga kesejahter­aan kanak-kanak kerana tanpa tubuh badan yang sihat,” katanya.

Jelasnya, kanak-kanak itu tidak akan dapat membesar menjadi seorang dewasa untuk mengembang­kan potensinya yang berupaya menyumbang bakti kepada pembanguna­n negara.

“Ini membolehka­n kanak-kanak ini mempunyai keyakinan diri serta keperibadi­an yang hebat dengan memiliki ciri daya saing yang kuat, kreatif, inovatif serta berkarisma,” katanya lagi.

Turut hadir sama adalah, Guru Besar SK St David Bumbok, Edward Peter Bajat, Di Pertua PIBG SK St. David Bumbok, Norida Sipek, mantan Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Bihud Apok dan Pengerusi Lembaga Sekolah (LPS), Noeb Dorey di majlis itu, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia