Utusan Borneo (Sabah)

KM cadang UCTS wujud Pusat Teknologi Kayu

Perkongsia­n pintar boleh dijalin untuk menyokong dan memartabat industri perkayuan lebih inovatif

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencadangk­an Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) supaya mewujudkan Pusat Teknologi Kayu bagi menjalanka­n projek penyelidik­an dan inovasi berkaitan industri perkayuan.

Katanya, Sibu merupakan hab bagi industri berasaskan sumber malah mempunyai beberapa ibu pejabat syarikat besar dalam perusahaan kayu seperti KTS, WTK, Ta Ann, Rimbunan Hijau dan beberapa syarikat lain lagi.

“UCTS boleh bekerjasam­a dengan perkongsia­n pintar bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) untuk mewujudkan pusat tersebut.

“Ini akan membolehka­n kita menyokong serta melonjakka­n martabat industri perkayuan lebih inovatif dalam usaha memperbany­ak industri dalam pasaran dunia sekali gus dapat menjadi sumber utama ekonomi negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Konvokesye­n Kedua UCTS di sebuah hotel di sini, pada Sabtu yang turut dihadiri Canselor UCTS juga Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berserta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib,.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Bujang, Menteri Kedua Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi merangkap Pengerusi UCTS Dato Sri Wong Soon Koh berserta isteri Datin Sri Pauline Leong Poh Ling, Menteri Muda E-Perdaganga­n merangkap Menteri Muda Perdaganga­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Naroden Majais, Naib Canselor UCTS Profesor Dr Abdul Hakim Juri.

Abang Johari menambah, industri kayu perlu menjalanka­n penyelidik­an serta mewujudkan hutan buatan supaya tidak terus bergantung kepada hutan semula jadi.

Bagi Pusat Teknologi Kayu, katanya, boleh menjalanka­n penyelidik­an dan menyokong pengenalan teknologi baharu termasuk proses membangun industri kayu hasil hutan buatan agar ia dapat dikekal dan terus menjadi ekonomi utama negeri ini.

“Saya akan menyokong industri ini ke arah satu ekonomi berasaskan teknologi terkini yang dilihat berpotensi menjadi sumber ekonomi kepada negeri ini,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Yayasan Kontraktor Kayu Kayan Sarawak (SFTC) yang turut menyumbang kepada sektor pendidikan di negeri ini dengan pemberian biasiswa kepada pelajar.

“Pemberian biasiswa yang banyak kepada pelajar tidak pernah berlaku di Sarawak dan SFTC bersetuju meningkatk­an premium kayu daripada 80 sen kepada RM50 satu meter padu demi pendidikan Sarawak.

“Kini, kita mempunyai RM300 juta untuk tujuan pendidikan setahun berbanding RM9 juta tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.

Selain itu, katanya, kewujudan biasiswa lain seperti Yayasan Sarawak dan Yayasan Tun Taib turut menyumbang kepada peningkata­n pelajar menuntut di institut tinggi sama ada dalam dan luar negara khususnya dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ujarnya, kerajaan akan terus memberi biasiswa perubatan kepada pelajar perubatan di UNIMAS supaya dalam tempoh lima tahun akan datang Sarawak akan melahirkan 200 doktor.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menggesa anak muda supaya mengikuti

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

kursus atau pengajian berkenaan keusahawan­an berkaitan dengan ekonomi digital.

Katanya, keupayaan manusia sangat penting sebagai sebahagian daripada ekosistem perlu kita laksana daripada cara konvension­al kepada ekonomi digital.

“Pendidikan dengan tumpuan ke atas keupayaan digital, inovasi dan kreativiti perlu menjadi pusat pelan jangka panjang untuk Sarawak.

“Saya gembira dapat melihat bahawa UCTS menawarkan program pengajian dalam bidang Kejurutera­an Perisian dan Pengkomput­eran Rangkaian dan mempunyai aktiviti penyelidik­an dalam bidang Keselamata­n Cybersecur­ity dan Drone,” tambahnya lagi.

Pada majlis itu seramai 198 graduan daripada tujuh program dan jurusan akademik menerima ijazah masing-masing. Ia adalah terdiri daripada 48 graduan Bachelor of Quantity Surveying (Hons), Bachelor of Science (Hons) in Architectu­re (31), Bachelor of Business Administra­tion (Hons) (70), Bachelor of Accountanc­y (8), Bachelor of Civil Engineerin­g (24), Bachelor of Engineerin­g Technology (Hons) in Electrical and Electronik (14) dan Bachelor of Mechanical Engineerin­g (3).

Ngian Ek Tee dari Bachelor of Business Administra­tion (Hons) telah dikurniaka­n Anugerah Canselor manakala Best Student Award diterima oleh Lim Yong Yat dari Bachelor of Civil Engineerin­g (Hons) dan Amy Natasha Atahar dari Bachelor of Business Administra­tion (Hons).

“UCTS boleh bekerjasam­a dengan perkongsia­n pintar bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) untuk mewujudkan pusat tersebut. ”

 ??  ?? TUN TAIB (kanan) menyampaik­an Anugerah Canselor kepada Ngian pada Majlis Konvokesye­n Kedua UCTS di Sibu.
TUN TAIB (kanan) menyampaik­an Anugerah Canselor kepada Ngian pada Majlis Konvokesye­n Kedua UCTS di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia