Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong belanja RM3.6j untuk biasiswa pelajar

-

SIBU: Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong membelanja­kan RM3.6 juta untuk biasiswa pendidikan kepada pelajar sekolah yang memerlukan sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu.

Pengerusin­ya Dato Henry Lau berkata, seramai 53 pelajar menerima biasiwa tahun ini untuk melanjutka­n pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Sejak ditubuhkan pada 2010, Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong memberi manfaat kepada seramai lebih 120 pelajar.

“Tujuan penubuhan yayasan pendidikan adalah membantu pelajar kurang berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada Penyampaia­n Biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Kehormat Lembaga Pengarah Sekolah, Lau Swee Nguong.

Beliau turut menasihati penerima biasiswa agar memanfaatk­an biasiswa demi masa depan dan berharap mereka dapat kembali dan memberi khidmat sumbangan kepada sekolah selepas menamatkan pengajian.

Sementara itu, Pengetua SM Wong Nai Siong Lu Yew Hiing berkata semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di SM Wong Nai Siong kerana yakin dengan pendidikan sekolah persendiri­an Cina dapat memberi masa depan cerah.

“Ini kerana 78 peratus bekas pelajar SM Wong Nai Siong berjaya melajutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

“Jumlah pelajar di sekolah turut meningkat dengan pada 2011 seramai kira-kira 300 meningkat kepada lebih 730 pelajar pada tahun ini,” katanya.

 ??  ?? HENRY (tengah) bersama penerima biasiswa dan ibu bapa serta ahli lembaga pengarah Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.
HENRY (tengah) bersama penerima biasiswa dan ibu bapa serta ahli lembaga pengarah Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia