Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa sokong usaha martabat keunikan kaum S’wak

-

LIMBANG: Kerajaan sentiasa menyokong penuh langkah dan inisiatif agensi kerajaan, persatuan etnik dan suku kaum dalam mengetenga­hkan potensi dan keunikan tradisi etnik terdapat di kawasan masing-masing.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata program disenarai dalam kalendar pelanconga­n negeri harus dilaksana dengan baik sekali.

“Program kebudayaan khususnya tersenarai dalam kalendar pelanconga­n negeri harus ditingkatk­an daripada aspek kualiti penganjura­n dan dipelbagai daya tarikanya.

“Ini penting menjadikan­nya sebagai sebuah program menarik dan dinantikan kehadiaran­ya oleh pelbagai lapisan masyarakat ,” katanya pada perasmian Hari Bukit Mas 2017 disini pada Sabtu.

Turut sama ialah Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Walikota Kauselor Dahlan Dullah dan Setiausaha MDL Shariman Faizul Abdullah.

Penguang berkata lagi aspek keselamata­n perlu diambil kira bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mengulas lanjut mengenai Hari Bukit Mas katanya pelbagai keunikan diadakan termasuk Cabaran Obstacle Limbang anjuran MDL dan Kelab Gimnasium Rakyat Limbang.

Selain itu katanya acara-acara lepas masih dikekalkan termasuk pertanding­an kereta, motorsikal dan basikal berhias, dan pelbagai aktiviti kebudayaan lain.

“Pesta ini bukan saja mendapat sambutan masyarakat setempat malah juga dari negara Brunei.

 ??  ?? SUFIAN (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa replika kerbau kepada Penguang, disaksikan Jamalie (kiri), Maria dan Shariman (kanan).
SUFIAN (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa replika kerbau kepada Penguang, disaksikan Jamalie (kiri), Maria dan Shariman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia