Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari dianugerah Doktor Falsafah Kehormat UCTS

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dianugerah­kan Doktor Falsafah Kehormat Dalam Perniagaan dan Pengurusan oleh Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan oleh Canselor UCTS Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Majlis Konvokesye­n Kedua UCTS di sini, pada Sabtu.

Hadir sama isteri Tun Taib Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kewangan Kedua merangkap Pengerusi UCTS Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri Datin Sri Pauline Leong Poh Ling, Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Perusahan Kecil Sederhana (SME) serta EPerdagang­an, Datuk Mohd Naroden Majais dan Naib Canselor UCTS Profesor Dr Abdul Hakim Juri.

Sementara itu, Abdul Hakim berkata anugerah diterima Abang Johari merupakan anugerah kehormat pertama dikurniaka­n oleh UCTS.

Jelasnya, ini bagi mengenang jasa beliau selama 36 tahun berkhidmat kepada rakyat dalam politik, pentadbira­n dan Ketua Menteri. “Dengan memperkena­lkan digital ekonomi di negeri ini termasuk mengambil serius hal-hal pendidikan, adalah tepat UCTS menganuger­ahkan Doktor Falsafah Kehormat kepada Abang Johari.

“Justeru, UCTS sentiasa bersedia mendukung dan menyokong inisiatif beliau khususnya dalam penyelidik­an, inovasi dan pembanguna­n modal insan,” katanya pada majlis tersebut.

Sehubungan itu, Abang Johari merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada UCTS atas anugerah diterimany­a.

Pada majlis itu, seramai 198 graduan tujuh program/ jurusan akademik menerima ijazah masing-masing.

Ia terdiri 48 graduan

Bachelor of Quantity Surveying (Hons), Bachelor of Science (Hons) in Architectu­re (31), Bachelor

of Business Administra­tion (Hons) (70), Bachelor of Accountanc­y (8), Bachelor of Civil Engineerin­g (24),

Bachelor of Engineerin­g Technology (Hons) in Electrical and Electronik (14) dan Bachelor of Mechanical Engineerin­g (3).

 ??  ?? TUN TAIB (kanan) menyampaik­an anugerah Doktor Falsafah Kehormat Dalam Perniagaan dan Pengurusan daripada UCTS kepada Abang Johari di Sibu.
TUN TAIB (kanan) menyampaik­an anugerah Doktor Falsafah Kehormat Dalam Perniagaan dan Pengurusan daripada UCTS kepada Abang Johari di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia