Utusan Borneo (Sabah)

Rohani: 59 peratus wanita M’sia ada kerjaya menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat akan memastikan 59 peratus wanita di Malaysia mempunyai pekerjaan menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia sekali gus mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agar golongan sasar itu mempunyai pekerjaan berpendapa­tan.

Difahamkan setakat ini pihak kementeria­n telah mencapai KPI 54.4 peratus dalam perkara itu.

Rohani yakin sasaran 59 peratus wanita bekerjaya dalam tempoh tiga tahun lagi dapat direalisas­i.

“Kita (kementeria­n) akan memastikan KPI 59 peratus wanita di negara mempunyai pekerjaan dapat dicapai,” katanya.

Rohani berkata demikian pada sesi Randau Bersama Menteri pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 di PWTC di sini, pada Sabtu.

Meskipun sedar sasaran KPI itu tinggi, namun pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan sasaran yang ditetapkan itu tercapai.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar masyarakat khususnya golongan wanita untuk memanfaatk­an teknologi terkini sebagai medium baharu untuk menjalanka­n perniagaan.

“Sebagai contoh perniagaan atas talian (online) yang kini semakin relevan dengan teknologi terkini.

“Sebab itu, ekonomi digital amat penting dalam menjana pendapatan biarpun hanya dari rumah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia