Utusan Borneo (Sabah)

Syabas Tambunan: Julian

Terus melahirkan atletatlet berbakat hebat

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Keupayaan Tambunan melahirkan atlet-atlet berbakat hebat diperakui oleh Setiausaha Agung merangkap Ketua Jurulatih Persatuan Karate Sabah (SKA) Julian Chin.

Ketika dihubungi Ahad, ketua jurulatih itu merakamkan syabas buat warga karate Tambunan yang telah usaha gigih, bekerjasam­a dan memberikan sepenuh komitmen membangunk­an sukan itu di daerah itu.

“T ambu nan sememangny­a sebuah daerah hebat dalam melahirkan pelatih-pelatih berbakat bukan sahaja untuk negeri Sabah tetapi juga untuk Malaysia.

“Bukti terdekat ialah

JULIAN CHIN

Ketua Jurulatih Persatuan Karate Sabah (SKA)

kemunculan Pressy Misty Philip yang baharu berusia 18 tahun,” kata beliau.

“Pressy merupakan antara atlet muda yang kita harapharap untuk terus mencapai kegemilang­an di peringkat antarabang­sa.

“Beliau memenangi pingat perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu dan akan mewakili Malaysia menyertai Kejohanan Remaja, Kadet dan 21 Tahun Kebawah Persekutua­n Karate Dunia 2017.

“Kejohanan itu akan berlangsun­g di Santa Cruz De Tenerife, Sepanyol pada 25-29 Oktober, di mana Pressy akan bertanding dalam acara Kumite -68kg kategori 21 tahun kebawah perempuan,” jelas Julian.

“Sejajar itu, saya berharap daerah-daerah lain dapat menggandak­an usaha menyaingi Tambunan yang sering kali mendominas­i kejohanan-kejohanan peringkat negeri sama ada kejohanan remaja mahupun senior dan terbuka.

“Usaha kita semua ini akan membantu merealisas­ikan azam presiden dan persatuan SKA dalam melahirkan pelatih berbakat bertanding­an di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan dituan rumahkan oleh negara Jepun,” tambah beliau.

“Bagi pihak SKA, kami juga berterima kasih juga pada ibu bapa, pihak sekolah dan para penaja yang telah memberi sokongan padu untuk anak-anak dan para pelajar mereka mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri ini.

“Apa yang penting, untuk menjadi seorang atlet yang hebat, ianya bukan sekadar bergantung pada bakat, tetapi kesungguha­n dan ketabahan berlatih serta disiplin yang tinggi mendengar tunjuk-ajar jurulatih merupakan kunci kejayaan,” tambah Julian ketika mengulas pelaksanaa­n Program Mengenalpa­sti Bakat (TID) SKA 2017 di Tambunan baru-baru ini yang disertai oleh 70 pelatih.

TID SKA yang diadakan diseluruh daerah utama di negeri ini merupakan program tahun bertujuan untuk mencungkil lebih ramai bakat untuk mewakili Sabah dan Malaysia.

Dalam masa yang sama, ini juga merupakan peluang SKA untuk melawat dan meninjau latihan yang dijalankan oleh cawangan dan kelab-kelab naungan persatuan itu.

“Tambunan sememangny­a sebuah daerah hebat dalam melahirkan pelatihpel­atih berbakat bukan sahaja untuk negeri Sabah tetapi juga untuk Malaysia. Bukti terdekat ialah kemunculan Pressy Misty Philip yang baharu berusia 18 tahun.

 ??  ?? JULIAN Chin (baris dua 12 kiri) bersama jurulatih dan para peserta TID SKA 2017 di Tambunan baru-baru ini.
JULIAN Chin (baris dua 12 kiri) bersama jurulatih dan para peserta TID SKA 2017 di Tambunan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia