Utusan Borneo (Sabah)

Kinabatang­an juara bola sepak veteran PSKPPS, tamatkan penantian 11 tahun

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan bola sepak veteran daerah Kinabatang­an muncul juara baharu Kejohanan Bola Sepak Veteran Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) peringkat Bahagian Sandakan yang berakhir Ahad lalu di Stadium Kompleks Sukan Sandakan, di sini.

Kejohanan tiga hari itu dianjurkan oleh Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut Beluran (urus setia) dan juga Persatuan Pengadil Bola Sepak Safa/FAM daerah Sandakan.

Kemenangan pasukan veteran Kinabatang­an amat bermakna, sekali gus menamatkan penantian panjang selama 11 tahun untuk merealisas­ikan impian merangkul kejuaraan itu.

Pasukan Kinabatang­an menjuarai kejohanan itu dengan penuh dramatik apabila dicabar hebat pasukan Telupid yang masing-masing mengutip 6 mata dari tiga perlawanan.

Bagaimanap­un, perbezaan jaringan dengan kelebihan hanya satu jaringan sudah memadai untuk Kinabatang­an dinobatkan juara baharu bola sepak veteran (40 tahun ke atas) bagi peringkat Bahagian Sandakan.

Kinabatang­an berjaya menajringk­an lima gol sepanjang kejohanan itu, berbanding Telupid yang mencipta empat jaringan tetapi mengutip jumlah mata yang sama dengan pasukan Kinabatang­an, sekali gus meletakkan Telupid sebagai naib johan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Beluran, manakala juara bertahan iaitu pasukan Sandakan terpaksa akur menghuni tangga tercorot kali ini setelah sekian lama bergelar juara.

Mengulas kejayaan itu, Ketua Pasukan Bola Sepak Veteran Kinabatang­an, Ariffin Nanas melahirkan perasaan amat gembira dan terharu dengan pencapaian muncul juara baharu kejohanan itu.

Katanya, komitmen para pemain dan kerjasama sepasukan merupakan kunci kejayaan mereka walaupun pada asalnya berazam memperbaik­i kedudukan tempat ke-4 pada kejohanan sama tahun lalu.

Beliau yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatang­an menjelaska­n, walaupun setiap pasukan mahukan kemenangan dalam setiap kejohanan yang disertai, namun kemenangan sematamata bukanlah buruan utama untuk menyertai kejohanan itu.

Apa yang lebih penting katanya, melalui kejohanan itu kita merapatkan hubungan silaturahi­m dan bertemu ramai rakan lama dan baru dalam konteks warga pendidikan Bahagian Sandakan.

Dalam masa sama, penyertaan dalam kejohanan itu dapat menggalakk­an penglibata­n aktif guru-guru dan staf sokongan dalam apa jua bidang sukan, khususnya bola sepak demi melahirkan masyarakat yang sihat, produktif dan berbudaya sukan.

Setiausaha Jawatankua­sa Pengelolan­ya, Malik Tajim berkata kejohanan tahunan itu mendapat sokongan padu dan penyertaan kesemua empat daerah dalam Bahagian/Zon Sandakan.

Katanya, selain mengeratka­n silaturahi­m dam perpaduan khasnya dalam kalangan warga pendidik, kejohanan itu merupakan medan pemilihan untuk memilih pemain bagi mewakili Bahagian Sandakan ke kejohanan bola sepak PSKPPS peringkat negeri Sabah tahun ini yang akan diadakan di Bahagian Selatan (Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu) sebagai pengelola bersama.

PSKPPS 2017 peringkat negeri Sabah dijangka diadakan pada 30 Oktober hingga 4 November depan, manakala peringkat kebangsaan (PSKPPM) dijadualka­n pada 16 hingga 21 Disember di Negeri Sembilan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan PSKPPS peringkat Bahagian Sandakan itu disempurna­kan oleh Ketua UPK Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Ahmad Yussof Mohammad.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Terusan Sugut Beluran, Pandir Lodah yang juga Pengurus Pasukan Bola Sepak Senior dan Veteran PSKPPS Bahagian Sandakan.

 ??  ?? PASUKAN veteran PSKPPS Kinabatang­an bergambar kenangan bersama Ahmad Yussof (berdiri enam kanan) dan Pandir (lima kanan) selepas menjuarai kejohanan itu menamatkan penantian 11 tahun.
PASUKAN veteran PSKPPS Kinabatang­an bergambar kenangan bersama Ahmad Yussof (berdiri enam kanan) dan Pandir (lima kanan) selepas menjuarai kejohanan itu menamatkan penantian 11 tahun.
 ??  ?? BELURAN selaku pasukan pengelola menduduki tempat ketiga bola sepak veteran PSKPPS 2017 peringkat Bahagian Sandakan.
BELURAN selaku pasukan pengelola menduduki tempat ketiga bola sepak veteran PSKPPS 2017 peringkat Bahagian Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia