Utusan Borneo (Sabah)

Lagi cubaan seludup barang kawalan gagal

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan sekali lagi menggagalk­an cubaan menyeludup barang kawalan ke negara jiran Filipina setelah menahan dua kapal nelayan di kawasan laut Pulau Berhala, petang Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, turut ditahan dua juragan dan dua kru setiap kapal nelayan terbabit, bersama barang kawalan yang dirampas.

Beliau berkata barangan yang dirampas ialah dua tong minyak petrol RON95 400 liter, 60 jerikin minyak petrol RON95 1,800 liter, 36 tong gas dan 23 kotak minyak masak x 17 bungkus serta dua kapal nelayan jenis kayu, yang kesemuanya bernilai RM421,170.50.

Terdahulu itu, beliau berkata kira-kira jam 5.30 petang, bertindak atas maklumat berkenaan, pihaknya menjalanka­n rondaan Ops Pensura Bil. 336/17 menggunaka­n Botronda PGR 7 dan PSC 66 ke kawasan laut Pulau Berhala.

“Kita menahan dan memeriksa dua kapal nelayan, dan hasil pemeriksaa­n di dalam ruang kargo hadapan serta belakang kedua-dua kapal terbabit, telah menjumpai beberapa barang kawalan yang disyaki cuba diseleweng­kan bagi tujuan penyeludup­an ke negara jiran Filipina,” katanya.

Katanya kesemua rampasan dan keempat-empat suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan dibawa h Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk ke KPDNKK Cawangan Sandakan.

Pada Jumaat, PPM Sandakan telah menggagalk­an cubaan penyelewen­gan dan penyeludup­an barang kawalan ke negara jiran Filipina dengan penahanan seorang kru kapal di kawasan Kuala Sungai, Batu 2 di sini.

Kru kapal seorang lelaki warga Filipina berumur 31 tahun ditahan bersama barang kawalan yang kesemuanya bernilai RM239,846.42.

Barang yang dirampas ialah dua tong minyak diesel 400 liter, 13 tong minyak petrol RON95 2,600 liter, 43 jerikin minyak petrol RON95 1,400 liter, 30 tong gas, 66 bungkus tepung gandum, 67 bungkus minyak masak, 58 bungkus gula pasir, 43 bungkus tepung beras dan 18 karung baja ammonium nitrat.

 ??  ?? ANGGOTA marin mengeluark­an minyak petrol yang ditemukan di salah satu ruang kargo kapal nelayan berkenaan.
ANGGOTA marin mengeluark­an minyak petrol yang ditemukan di salah satu ruang kargo kapal nelayan berkenaan.
 ??  ?? KEEMPAT-EMPAT suspek yang ditahan PPM Sandakan.
KEEMPAT-EMPAT suspek yang ditahan PPM Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia