Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut Proton Wira langgar lori

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan pada malam Jumaat.

Kemalangan terbabit berlaku kira-kira jam 10.50 malam di Batu 7 Jalan Tuaran Inanam berhampira­n Gardenia Food Industries di sini.

Mangsa yang berumur 28 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki pemandu lori jenis Nissan UD berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu datang dari arah bandaraya menuju ke Gardenia Food Industries Inanam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit membuat pusingan U sebelum dilanggar di bahagian belakang sebelah kiri oleh Proton Wira mangsa yang datang dari arah Manggatal.

Akibat daripada kejadian itu jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan pada jam 11.18 malam oleh pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

“Kedua-dua pemandu tidak disyaki mabuk dan siasatan lanjut mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama ketika membuat pusingan U.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabka­n kematian,” katanya di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Chandra turut mengingatk­an agar pengguna jalan raya memberikan isyarat jika hendak menukar laluan, masuk dan keluar simpang jalan.

Tindakan berkenaan katanya, bagi mencegah kemalangan dan dapat difahami oleh kenderaan lain.

Pihaknya turut meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian terbabit supaya tampil menghubung­i Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ngang Ak Kalimpot di talian 0178693045 atau mana-mana balai trafik yang berhampira­n untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia