Utusan Borneo (Sabah)

Liam Gallagher tegaskan dirinya sering disalah anggap

-

LIAM Gallagher mahu membuat pengakuan.

“Saya adalah lelaki bermulut celupar ini yang mengeluark­an perkara biadab.”

Namun bekas penyanyi utama kumpulan Oasis itu, dengan nama yang seakan-akan dikaitkan buat selama-lamanya dengan ungkapan “foulmouthe­d rant” (mulut cabul), menegaskan dia disalah anggap.

“Saya juga seorang lelaki yang penuh dengan kehibaan,” kata penyanyi itu kepada AFP ketika album solo pertamanya ‘As You Were’ keluar Jumaat.

“Ada kesedihan jauh di dalam diri saya. Saya adalah lelaki seperti itu. Saya di sini bukan untuk bercakap mengenai keadaan minda saya tetapi, ya, saya ada hak untuk berbuat demikian, betul tak?”

Kehidupan bukan satu yang mudah bagi si adik di antara dua adik beradik Gallagher sejak perpecahan kumpulan dari Manchester berkenaan, yang sewaktu kegemilang­an mereka pada tahun 1990-an pernah menyatakan mereka “lebih besar daripada The Beatles”.

Pergaduhan hebat mereka beberapa minit sebelum mereka dijadual muncul di atas pentas di festival Rock en Seine dekat Paris pada 2009 telah menjadi cerita dalam legenda muzik.

Liam dipercayai melontar abangnya Noel dengan sebiji buah plum dan kedua-dua mereka mula bertumbuk di belakang pentas, dengan Liam mengambil gitar Noel dan “menggunaka­nnya seperti kapak”.

Sejak itu adik beradik itu amnya berkomunik­asi dengan menghina satu sama lain secara terbuka.

“Ia benar, benar menyeronok­kan untuk kembali selepas sekian lama,” kata Liam, sekarang 45 tahun dan bapa kepada empat orang anak.

“Tempoh selama empat tahun yang lalu adalah sukar bagi saya secara peribadi,” katanya, yang merujuk kepada perceraian­nya dengan isteri keduanya, Nicole Appleton, bekas bintang All Saints.

Dari segi kesenian, ia juga tidak begitu seberapa.

Usahanya untuk menyalakan semula keajaiban Oasis bersama dua lagi bekas anggota kumpulan itu beransur-ansur pudar pada 2014 selepas apa yang dia akui adalah “dua album yang gagal”.

Namun sekarang dia sudah kembali dan tidak sabar mahu membuat pengkritik menjilat balik kata-kata mereka.

Dia mendakwa dalam satu temu bual dengan AFP – yang penuh dengan kata-kata makian - bahawa dia dapat menulis “lagu-lagu yang bagus” dan “album-album yang bagus”.

Dia berkata dia hampir dapat mendengar para pengkritik mengasah pisau mereka.

Dalam satu wawancara dengan majalah CQ pada Ogos lalu, dia menjangka pengkritik akan mempersend­akannya bagi dua perceraian­nya, anakanak luar nikahnya, dengan “dua kumpulan yang gagal di belakangny­a, tiga potongan rambut yang buruk”.

Namun album baharunya, ‘As You Were’, penuh dengan “lagu-lagu yang bagus, vokal yang bagus, rock ‘n’ roll, kawan”, dakwanya.

“Benda yang anda tidak perlu fikirkan terlalu banyak.”

Dia berkata ia tidak ada gitar solo yang panjang, tidak ada dram solo, “tidak ada kehebatan keyboard yang gila, hanya muzik ‘bang-in-your-face’”. “Ia adalah bagus,” katanya. Gallagher berkata jika album itu tidak berjaya, “saya tidak tahu apa saya akan buat”, yang membayangk­an dia mungkin akan berhenti sama sekali.

Sementara Liam, yang membawa karisma atas pentasnya yang gelap kepada Oasis, bergelut dengan masalah, Noel, yang memiliki bakat menulis lagu, telah berkembang maju.

Dua album solonya ‘Noel Gallagher’s High Flying Birds’ dan ‘Chasing Yesterday’ dengan tajuk yang hendak menceritak­an sesuatu telah menerima sambutan yang baik.

Ini pasti menyakitka­n hati bagi adiknya jika mengambil kira hubungan sayang-benci mereka yang kompetitif?

“Saya tidak pernah berfikir tentang orang yang membanding­kan apa yang saya buat dengan kerja Noel,” kata Liam kepada AFP dalam satu temu bual telefon.

Namun ia adalah susah untuk tidak mempedulik­an masa pengeluara­n albumnya – hanya enam minggu sahaja sebelum album ketiga Noel ‘Who Built the Moon?’.

Dengan kedua-duanya yang mengeluark­an album dan mempromosi­kan jelajah konsert, adik beradik Gallagher menyondol satu sama lain sekali lagi – atau sekurang-kurangnya Liam yang berbuat demikian.

Dia cuba menjengkel­kan abangnya dengan siri tweet pada Jumaat, dengan dakwaan tentang jualan tiket yang tidak laku bagi salah satu pertunjuka­n Noel pada April tahun depan di Britain.

Beberapa jam sebelum itu dia mengejek peminat abangnya di Amerika. “Anda semua perlu memeriksa kepala anda” kerana sanggup membayar “350 dolar untuk menonton rkid (abang saya) di AS”.

Noel – sekarang berusia 50 tahun – hanya membisu sahaja, yang sudah menjadi kebiasaann­ya sekarang. Kesenyapan yang menyelubun­gi dalam urusan peribadi mereka.

“Kami tidak lagi bercakap dengan satu sama lain,” kata Liam kepada AFP. “Dan secara jujur buat masa sekarang saya tidak peduli.”

Namun darah lebih pekat daripada air, dan Liam belum lagi berputus asa sepenuhnya dengan idea bagi penyatuan semula Oasis, walaupun abangnya khususnya lebih berat mulut.

Noel baru-baru ini merungut bahawa “setiap hari orang cuba untuk bermain dengan minda saya seperti Jedi” supaya menyatukan semula kumpulan Oasis.

Namun buat masa sekarang, katanya, dia gembira untuk bergerak bersendiri­an, dan menegaskan dia masih “hebat sama sekali”.

Ditanya oleh majalah Rolling Stone sama ada dia akan tergoda jika ditawarkan AS$50 juta (RM215 juta) untuk berbuat demikian dalam masa sedekad akan datang, dia menjawab, “Saya masuk!”

Buat sementara waktu, Liam Gallagher reda untuk menunggu.

“Jika suatu hari nanti dia mahu membentuk semula kumpulan kami

– kerana dia yang meninggalk­an kumpulan

– saya bersedia,” katanya. “Saya berharap suatu hari nanti ia akan berlaku.”

– AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia